Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

Usahawan Rugi Lebih RM30,000 – Tips Pilih Vendor FB Ads

Ditulis oleh:

Social Leap

Untuk post ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tips pilih vendor FB Ads yang berkesan untuk perniagaan anda.

Sebagai usahawan, anda perlu sedar yang tidak semua yang dijanjikan pihak vendor akan membuahkan hasil.

Ada juga kes di mana vendor sembang letup, tapi at the end of the day, results tak mencerminkan apa yang dijanjikan.

Tips Pilih Vendor FB Ads

Kisah Benar – Prospek Kerugian Lebih RM30,000

1 prospek membuat report polis kelmarin terhadap satu digital marketing agency yg dia hire sebelum ini atas kerugian RM 36,000.

Dalam masa dia file report, ada juga org lain yg buat report terhadap vendor yang sama setelah kerugian hampir RM 100,000.

Bila saya dengar kisah prospek saya, saya berasa amat marah dengan agensi/vendor yang tidak bertanggungjawab macamni.

Tips Pilih Vendor FB Ads

TIPS Pilih Vendor FB Ads – Nasihat Kepada Usahawan

Untuk mengelakkan anda dari mengalami situasi ini, saya senaraikan tips berguna untuk rujukan anda:

Hulurkan Soalan Cepumas

Apabila anda nak hire vendor/agensi digital marketing, anda kena tanya soalan-soalan cepumas. Soalan-soalan cepumas inilah yang akan menentukan kredibiliti dan juga expectation yang anda akan dapat dari vendor.

Soalan cepumas yang anda boleh tanya:

  • Bagaimanakah cara awak menguruskan jangkaan bisnes saya?How do you manage my business expectation
  • Apakah cara konsultasi atau proses awak? Ada sediakan sebarang laporan data? ‘What is your process and approach? Do you provide data report?’
  • Apakah benchmark untuk hasil yang berjaya? Apa pula benchmark untuk hasil yang tidak berjaya? ‘What is your benchmark for success? Also, what is your benchmark for failure?’
  • Apakah cara untuk awak atasi kegagalan benchmark tersebut? ‘How do you combat benchmark failure’
Sumber: Twitter Saya

BONUS TIPS #1FB Ads Bukan Skim Cepat Kaya

Facebook Ads bukanlah shortcut atau jalan pintas untuk anda menjadi kaya! Saya ulang, FB Ads bukan skim cepat kaya!

Kita bertuah yang Facebook Ads ni adalah medan untuk kita TEST, EXPLORE dan SCALE produk anda dan juga ke target audiens anda.

Tidak ada peluru ajaib untuk FB Ads. Setiap jenama ada audiens dan customer behaviour yang berbeza.

Tapi satu perkara yang pasti, kita perlu lalui proses Testing, Explore dan juga Scale. Anda perlu trust the process.

Kebiasaannya, vendor yang tak bertanggungjawab akan menjanjikan result yang gempak. Mereka juga akan menggunakan ayat seperti “Bang, labur je RM5,000. Konpom dapat 5,000 leads!”

Ini adalah major red flag! ?

BONUS TIPS #2 – FB Ads Adalah Investment

Kepada para usahawan, Facebook Ads adalah sejenis pelaburan jangka masa panjang. Long term investment. Facebook Ads adalah gear marketing anda yang tidak akan berehat.

Saya sebagai servis provider digital marketing, kami menggunakan metrik seperti Return on Ads Spent (ROAS) untuk menentukan sama ada kempen iklan berjaya atau gagal.

Jika anda membakar duit anda dan anda melakukan perkara seperti:

  • Tak ambil tahu customer behaviour terhadap content anda
  • Tidak berikhtiar untuk menggerakkan content anda ke hadapan

Then…berita buruk untuk anda. Anda tidak akan suka untuk melabur dalam Facebook Ads.

Marketing’s job is never done. It’s about perpetual motion. We must continue to innovate every day.

Beth Comstock, Former CMO & Vice Chair, GE

Sebagai founder/usahawan, anda kena sentiasa berikhtiar untuk memperbaiki dan menambahbaik perniagaan anda.

BONUS TIPS #3 – Simpan Modal Dahulu

Jika anda rasa belum bersedia untuk melabur dalam jangka masa panjang, saya sarankan anda untuk simpan modal terlebih dahulu. Its going to be a long ride.

Akan ada ads yang berjaya, dan akan ada ads yang tak mencapai expectation yang kita jangkakan.

Anda boleh consider untuk melabur ke FB Ads bila anda dah bersedia dari segi kewangan dan juga bila mindset anda dah betul.


Tapi, sekiranya anda sudah bersedia untuk melabur dalam Facebook Ads dengan vendor yang BERTANGGUNGJAWAB, kami di Mukmin Digital boleh bantu perniagaan anda scale ke tahap yang lebih tinggi.

Dapatkan 30 minit Consultation PERCUMA dengan kami. Dalam sesi ini, kami akan bantu anda membuat assessment tentang bisnes anda dan kenalpasti cara untuk optimize bisnes anda.

Trial PERCUMA untuk 3-hari. Kalau takde result, anda boleh angkat kaki, takda masalah. Kami tak ambil hati.

Bacaan Lain: Apakah Itu Retargeting

Mahu Belajar mencipta Iklan Yang Menguntungkan Walaupun Kos Ads Makin Mahal?

Dapatkan Panduan Winning Ads Sekarang