Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

3 Tips Mengambil Pekerja – Siapa Yang Perlu Ada Dalam Team Online Bisnes Anda

Ditulis oleh:

Social Leap

Anda mencari tips mengambil pekerja untuk perniagaan anda? Mengambil pekerja merupakan perkara yang menakutkan bagi banyak pemilik bisnes yang baru bermula perniagaan.

Masih ramai peniaga yang termenung panjang tertanya-tanya siapa yang patut berada dalam carta organisasi syarikat mereka. Yalah bisnes online tak berkembang lagi takkan nak hire pekerja ramai-ramai kan.

Jadi antara Budi seorang yang handal dalam pengurusan perniagaan atau Siti yang pakar dalam marketing, siapa yang patut ada dalam bisnes dahulu? 

Nak jawapan kepada persoalan ni, kenalah baca artikel yang kami tulis ni.

Jawapan yang dicari ada didalam setiap peringkat perniagaan, setiap peringkat mempunyai keperluan yang berbeza.

So, kena faham perniagaan peringkat mana terlebih dahulu dan selepas tu bolehlah dapatkan jawapan.

Startup Period

3 Tips Mengambil Pekerja
Fasa Startup

Startup period adalah peringkat permulaan sebuah perniagaan, bos pun belum kaya dan belum menjana untung yang banyak. Startup period ini mempunyai empat fasa yang berbeza.

Mungkin pada fasa awal hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja yang mengetahui perniagaan startup ini dan akhir fasa ini perniagaan semakin dikenali oleh orang ramai. 

Tempoh masa startup bagi semua fasa adalah paling baik dalam tiga tahun sebelum memasuki fasa berkembang.

Orang kata macam dalam relationship lah, kira startup period ni macam berkenal-kenalan dah okay boleh kawin.

Tapi sebenarnya ada jer perniagaan yang mengambil masa yang lebih cepat dan lebih lambat dalam tempoh ini. 

#Fasa 1 – Startup Period

Pada masa pertama startup period nilah founder/bos kena jadi pekerja juga dalam masa yang sama. Founder bukan buat kerja bos sahaja tetapi bos kena buat semua benda untuk perniagaannya.

Dialah juga orang yang buat management, buat sales dan marketing ditambah dengan kerja operasi perniagaan.

Kecualilah bos tu ada wife ataupun gf yang baik hati tolong buat bisnes. Orang baru mulai berniaga, masih dalam fasa try and error lagi. Kalau awal-awal sudah upah orang dan bisnes error pun susah juga tu.

So fasa ini better bagi founder untuk buat kerja sendiri-sendiri dahulu.

#Fasa 2 – Startup Period

Selepas berbulan di fasa pertama, founder akhirnya sedar potensi perniagaan. Perniagaan akan beralih ke fasa 2 dimana bos tak larat dah nak handle perniagaan sendiri dan memerlukan seseorang untuk join company dia.

Persoalannya siapa? Sudah semestinya Encik atau Cik Sales! Orang yang buat sales ni penting untuk jana pendapatan perniagaan sementara founder boleh fokus dalam Marketing, Operation, Finance, HR dan Admin.

Manakala sales person akan fokus dalam sales dan customer service.

Walaupun ada bos yang terer dalam sales, tetap kena ambil orang yang buat sales juga supaya bos tak terbeban sangat dengan management dan operasi company.

#Fasa 3 – Startup

Sudah semestinya dengan adanya sales person keuntungan akan berganda yang memboleh founder untuk hire lagi pekerja yang akan handle bahagian marketing.

Tugas founder akan berkurang dan hanya fokus kepada operation, finance, HR dan admin. Manakala, encik/cik sales person akan meneruskan tugasnya seperti sebelum ini.

Eksekutif Pemasaran (Marketer) adalah satu entiti untuk merancang dan melaksanakan rancangan pemasaran termasuk content dan iklan berbayar. Graphic designer, Videographer dan Copywriter adalah sebahagian daripada pasukan content.

Walaupun begitu, dalam fasa ini founder bebas hire mana2 position antara yang disebut bergantung dengan kemahiran yang diperlukan company.
Social Leap

Jika founder boleh membuat copywriting, founder sepatutnya mengambil orang untuk graphic designer ataupun videographer.

Marketing team dilaksanakan dengan mengambil kira OPEX dan cash reserve yang founder ada. Kalau duit banyak, why not lengkapkan semua position dalam team marketing.

Kalau sikit sahaja, hire yang penting dahulu yang memenuhi keperluan company. Tetapi kena ingat, sebelum fasa #4, company seharusnya sudah mempunyai team yang lengkap dalam department marketing.

Rancakkan Bisnes Online Anda

Sementara itu, company juga boleh menggunakan servis Mukmin Digital yang sekarang dikenali sebagai Social Leap yang membantu perniagaan melakukan iklan berbayar di Facebook dan Instagram!

#Fasa 4 – Startup

Selepas team sales dan marketing sudah lengkap atau mencukupi untuk perniagaan beroperasi, orang seterusnya yang wajib ada di dalam perniagaan adalah Cik Admin (kebanyakannya awek cun) yang berperanan dalam menguruskan operasi perniagaan.

Cik Admin juga memerlukan kemahiran dalam HR dan Finance tetapi jika Admin tidak mahir, founder boleh mengambil seorang lagi pekerja yang mahir dalam HR atau finance untuk melengkapkan operation team.
 
Pada fasa ini, team sales, marketing dan operation haruslah lengkap untuk menggerakkan perniagaan ke peringkat seterusnya.

Tugas bos juga telah bertukar daripada sebelumnya. Founder akhirnya hanya buat kerja bos sahaja iaitu pantau dan urus company. Selebihnya diserahkan kepada ketiga-tiga team yang ada.

Attention – Fasa #3 & Fasa #4 adalah SWITCHABLE!
Social Leap

Walaupun kami menyatakan di sini phase by phase yang harus diikuti founder tetapi ianya tidak semestinya diikuti 100%. Fasa 3 dan Fasa 4 dalam period ini dan yang lainnya adalah switchable mengikut keperluan company.

Sebagai contoh boleh jadi company memerlukan operation team dahulu sebelum marketing team kerana company banyak masuk order sehingga tak cukup tangan, takkan nanti suruh marketer bungkus parcel kan?! Mungkin selepas operation team bolehlah bos buat team marketing pula.

Founder haruslah bijak mengenal pasti masalah dan kekurangan company. Pilih team yang wajar berada dalam company yang akan memberi impak kepada keuntungan business.

Growing Period

3 Tips Mengambil Pekerja

Setelah 3 tahun atau kurang jika anda power perniagaan akan berkembang pesat di fasa ini dengan adanya 3 team yang saling melengkapi.

Pada tempoh growing ini, company akan mengalami pertumbuhan penjualan yang pesat. Apabila penjualan meningkat dengan pesat, perniagaan mula melihat keuntungan setelah mereka mencapai titik pulang modal.

Ye lah, dah ada team yang lengkap, so sekarang ni fokus company adalah untuk mendapatkan keuntungan maksima perniagaan mereka. 

Terdapat tiga fasa penting dalam growing period ini dan siapa orang penting yang wajib ada dalam perniagaan di tempoh ini?

#Fasa 1 – Growing Period

Pada fasa yang pertama pada startup period, orang pertama yang diambil adalah sales person, pada fasa kali ini pula bos wajib mengambil seorang Head of Sales untuk mengetuai team sales.

Boleh jadi Encik/Cik Sales tersebut orang yang sama ada dalam company tetapi dinaikkan jawatan menjadi Head of Sales dan selepas itu bolehlah mengambil seorang atau lebih untuk jawatan sales person

Manakala, bos serta team marketing dan team operation kekal dalam tugas mereka masing-masing tanpa ada perubahan.

Head of Sales penting dalam:

  • Mengatur strategi penjualanan
  • Menyelaraskan struktur penjualan dengan strategi
  • Mengelola orang dan melaksanakan proses

Tugas mereka upgrade untuk memimpin dan menguruskan elemen operasi penjualan dan bukannya menjual lagi.

#Fasa 2 – Growing Period

Selepas Head of Sales, founder perlu mengambil seorang pekerja yang akan dijadikan Head of Marketing.

Sama seperti Head Of Sales sebelum ini, dimana bos boleh sahaja menaikkan jawatan marketer-nya sebelum ini dan mengambil pekerja baharu untuk mengisi position yang kosong untuk melengkapkan team marketing.

TAPI kena make sure pekerja tersebut boleh bekerja sebagai ketua team. Sales Of Marketing penting dalam membantu perniagaan mempromosikan dan menjual produknya kepada pelanggannya.

Mereka dapat memimpin dan mempengaruhi cara dan penampilan jenama di pasaran dan tugas pengurus pemasaran dapat merangkumi keseluruhan spektrum bagaimana syarikat berkomunikasi.

#Fasa 3 – Growing Period

Untuk melengkapkan fasa 3 ni, founder haruslah melantik Head Of Operation seiring dengan team-team lain yang sudah mempunyai team leader sendiri. Manakala tugas founder dan team-team lain kekal dan tiadanya perubahan. 

Walaupun Head Of Operation ini yang terakhir dilaksanakan tetapi jangan pandang rendah ok! Ianya adalah bahagian penting dari pasukan pengurusan dan mengawasi tugas-tugas HR peringkat tinggi, seperti menarik bakat dan menetapkan standard latihan dan prosedur pengambilan pekerja.

Mereka juga menganalisis dan meningkatkan proses organisasi, dan berusaha untuk meningkatkan kualiti, produktiviti, dan kecekapan.

Selepas lengkapnya ketua ketiga-tiga team ini, boss hanya akan berkomunikasi dengan team leader sahaja dan bukan lagi berhubung dengan semua orang.

Manakala, team leader menjadi orang tengah dalam komunikasi bos kepada pekerja lain.

Scale Period

3 Tips Mengambil Pekerja
Fasa Scale Up

Setelah berkembang dengan pesat sehinggalah dikenali tahap instafamous atau selebriti, sudah tiba tempoh matang bagi sebuah perniagaan. Masa tempoh nilah founder dah tak payah jadi boss sepenuh masa untuk perniagaannya.

Bos tersebut boleh fokus membuat perniagaan lain dan repeat period yang sama daripada startup period sehinggalah scale period. 

Oleh itu, founder harus melantik seorang Business Manager bagi menggantikan tugasnya untuk memantau dan mengurus company. Head of sales pula akan memantau serta urus customer service dan sales person.

Manakala, Head Of Marketing akan menguruskan Graphic Designer, Video Editor, Copywriter, Digital Marketer dan Website developer.

Akhir sekali, Head of Operation akan pantau dan urus Operation, Finance dan HR.

Masing-masing mempunyai tugas yang sama seperti tempoh growing kecuali bos/founder yang telah mengalihkan power-nya kepada  Business Manager yang mana dia akan berhubung dengan ketua-ketua setiap department dan bukan lagi directly kepada pekerja biasa. 

Business Manager akan menjadi the only one yang berhubung dengan bos untuk update tentang company mereka.

Dah Dapat Jawapan Bocor?

Tak kiralah startup business sehinggalah scale period, founder sering tersalah pilih siapa yang patut ada di dalam company mereka.

Ada juga founder yang pada peringkat awal sudah menjadi full time boss dan gelojoh hire ramai pekerja sekaligus kononnya untuk mempercepatkan proses perkembangan dalam business tapi akhirnya tak berjaya.

Ada pula yang terlalu kedekut untuk hire pekerja kerana takut rugi dan akhirnya business tak ke mana.

Founder haruslah bijak dalam mengenal pasti keperluan company untuk hire siapa dahulu dalam company.
Social Leap

Semua yang kami senaraikan diatas adalah reference bagi semua company, tak kiralah startup atau dalam tempoh growing.

Masih belum terlambat untuk merombak kembali dan menyusun team yang patut ada dalam company mengikut period business anda. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda berjaya dalam dunia business!

Rancakkan Bisnes Online Anda

Sementara itu, company juga boleh menggunakan servis Mukmin Digital yang sekarang dikenali sebagai Social Leap yang membantu perniagaan melakukan iklan berbayar di Facebook dan Instagram!

Mahu Belajar mencipta Iklan Yang Menguntungkan Walaupun Kos Ads Makin Mahal?

Dapatkan Panduan Winning Ads Sekarang