Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor
Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]
Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor
Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]
Pernahkah anda terfikir, apakah tips bisnes online yang boleh bantu naikkan sales bisnes anda yang praktikal dan realistik hasil dari pengalaman bisnes lain di Malaysia pasca COVID-19? Buat pengetahuan anda, ada satu case study sebenar dan terkini yang tim Social Leap berjaya dapatkan dari sebuah SME iaitu Ecaque Fruit Cake yang menjual kek buah.
Tiada tips & strategi magik, luar biasa dan teknik viral yang merapu mereka gunakan untuk naikkan sales dan berjaya dalam bisnes. Apa yang mereka fokuskan adalah penggunaan digital marketing pada tahap maksimum dengan bantuan Social Leap sahaja. Kalau anda serius nak tahu tips bisnes online yang praktikal dan boleh naikkan sales bisnes anda, baca artikel ini sampai ke perenggan terakhir dengan tenang.
Ecaque Fruit Cake diasaskan pada Oktober 2015 oleh seorang wanita muda bernama Faridah Borham dan lokasi premis perniagaan terletak di Sungai Besar, Selangor. Pada mulanya, Ecaque Fruit Cake hanya diwujudkan demi memenuhi permintaan rakan pejabat pengasasnya.
Selepas beberapa bulan, Faridah Borham nampak peluang dan ruang untuk menjual kek buah secara serius selepas melihat potensi tempahan membuat keputusan untuk bisneskan jualan kek buah tersebut. Anda boleh lihat senarai kek buah yang dijual Ecaque Fruit Cake pada gambar-gambar di bawah.
Faridah Borham sedar bahawa bisnes berasaskan makanan (F&B) memerlukan beliau mempunyai kilang pengeluaran, mesin dan tenaga kerja yang mencukupi supaya semua tempahan dapat dipenuhi termasuk tempahan yang dibuat pada musim puncak seperti cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau menyewa sebuah lot kedai di Sungai Besar, Selangor dan menjadikannya kilang utama pengeluaran kek buah untuk jenama Ecaque Fruit Cake. Jumlah kakitangan yang ada adalah 11 orang dari dua jabatan yang berbeza iaitu tim jualan dan operasi.
Tim jualan atau sales team adalah sekumpulan pekerja yang hanya perlu fokus membawa wang kepada syarikat menerusi jualan kek buah dan tim operasi pula, bertanggungjawab memastikan tempahan yang dibuat hasil dari tim jualan mampu dipenuhi pada hari dan waktu yang ditetapkan tanpa menjejaskan kualiti kek buah.
Faridah Borham boleh dikatakan sebagai pemimpin yang bagus kerana beliau memastikan staff beliau fokus pada 1 kerja dalam satu masa sahaja dan ini terbukti berjaya meningkatkan produktiviti Ecaque Fruit Cake di mana mereka berjaya capai jualan RM15,000 ke RM20,000 setiap minggu.
Setakat ini, kos yang dikeluarkan Faridah Borham untuk jalankan bisnes setiap bulan adalah RM40,000 – RM50,000 dan kos ini sangat bergantung kepada turun naik harga barang asas seperti tepung, gula dan sebagainya. Apa yang membanggakan adalah, Ecaque Fruit Cake bukan sekadar bisnes menjual kek buah di lot kedai sahaja. Strategi yang mereka gunakan adalah online advertising dengan bantuan tim jualan yang menjual di website e-commerce.
Baca : E-Commerce VS Shopee VS Social Commerce? 4 Analisa SWOT Usahawan Perlu Tahu
Seperti bisnes-bisnes lain, akan ada masalah yang akan dihadapi oleh usahawan. Jalankan bisnes boleh diumpamakan seperti menunggang roller coaster di mana, seorang usahawan itu perlu cepat beradaptasi dengan ketidakselesaan dan menanggung beberapa tahap emosi dalam satu masa. Antara masalah perniagaan yang biasanya dihadapi dalam bisnes adalah :-
Akan tetapi, apa yang membezakan seorang usahawan yang bijak dan kurang bijak adalah betapa cepat usahawan itu membuat transisi yang mampu menyelamatkan syarikat dan pengurusan risiko yang betul dalam memastikan syarikat berdepan dengan risiko seminima mungkin. Dalam kes Ecaque Fruit Cake, ada 3 masalah perniagaan yang dihadapi Faridah Borham iaitu kos barang naik mendadak, tak banyak produk dan sales statik tanpa peningkatan.
Dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2022, harga barang keperluan seperti minyak masak, makanan laut, ayam, tepung, sayur, buah – buahan dan lain-lain telah meningkat beberapa kali. Ini memberi tekanan yang luar biasa bukan sahaja kepada orang awam bahkan juga kepada bisnes berasaskan makanan (F&B). Ada barang yang mengalami peningkatan sehingga 60% dalam masa kurang daripada 12 bulan!
Sebagai contoh, harga tepung gandum telah mengalami peningkatan daripada RM35 kepada RM65 sekotak yang menyebabkan harga semua makanan berasaskan tepung meningkat sekurang-kurangnya 20% – 50%. Masalah ini menyebabkan, kos operasi bulanan Ecaque Fruit Cake meningkat dan Faridah Borham sebagai pemilik bisnes perlu keluarkan kos tambahan untuk membeli produk sama yang dibelinya setiap bulan.
Masalah timbul apabila pelanggan Ecaque Fruit Cake mempunyai spesifik cita rasa dan jenis kek yang mereka inginkan seperti kek buah yang kurang manis dan kepelbagaian rasa kek buah yang lain.
Ada juga pelanggan yang inginkan kek yang lain daripada kek buah sedangkan Ecaque Fruit Cake khusus kepada pembuatan dan penjualan kek buah kukus dengan rasa premium pada harga mampu milik sahaja.
Ecaque Fruit Cake juga menghadapi masalah sales seperti bisnes-bisnes yang lain di mana sales bulanan mereka sekitar RM120,000 – RM130,000 sebulan sahaja.
Kenaikan dan penurunan harga barang di pasaran juga mempengaruhi sales bulanan mereka dan ini menyebabkan Faridah Borham selaku pengasas Ecaque Fruit Cake sukar meletakkan target sales bulanan yang realistik. Kesannya, sales Ecaque Fruit Cake menjadi statik untuk beberapa bulan.
Sedar akan masalah yang dihadapi Ecaque Fruit Cake, Faridah Borham telah membuat beberapa perubahan radikal pada bisnes sebagai cara naikkan sales bisnes beliau. Antara inisiatif yang diambil adalah bina website e-commerce, tambah produk baru dan guna khidmat marketing agensi.
Untuk capai audiens yang lebih ramai dan luar dari radius premis beliau, Faridah Borham sedar yang beliau tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sosial media seperti Facebook dan Instagram semata-mata. Maka beliau telah bina website e-commerce dengan domain kekbuahviral.com sebagai cara untuk jual kek buah tersebut pada lebih ramai pelanggan bila-bila masa walau di mana mereka berada.
Di dalam website e-commerce tersebut, prospek boleh lihat semua informasi dan detail tentang kek buah yang dijual Ecaque Fruit Cake seperti diskaun, promosi, ramuan dan bahan yang digunakan, testimoni, penghantaran produk, kelebihan produk dan membeli terus secara online. Website e-commerce telah menjadi medium utama penjualan kek buah Ecaque Fruit Cake dan cara ini adalah lebih jimat dan mudah berbanding menjual secara fizikal, consignment dan sebagainya.
Untuk tambah sales bisnes beliau, Faridah Borham telah menambah produk baru dengan memperkenalkan kek buah kukus yang premium menggunakan bahan berkualiti tinggi sebagai satu alternatif meningkatkan sales bisnes.
Menambah produk membantu Ecaque Fruit Cake menambah segmen pelanggan yang inginkan kelainan rasa kek buah kukus yang kurang manis menggunakan gula perang dan kek tersebut terbukti berkualiti dan ini dibuktikan menerusi testimoni pelanggan yang mengatakan kek buah tersebut lembut, berlemak, moist dan mampu bertahan selama 2 bulan tanpa ada kulat, rosak dan hilang rasa asal.
Disebabkan Faridah Borham fokus kepada operasi bisnes, maka beliau memerlukan orang yang berpengalaman untuk bantu buat marketing supaya sales Ecaque Fruit Cake meningkat.
Faridah Borham telah menggunakan khidmat servis digital marketing Social Leap dengan fokus online advertising. Teknik yang digunakan Social Leap adalah menarik trafik seramai mungkin audiens yang berminat untuk membeli kek buah dan dibawa ke website e-commerce kekbuahviral.com
Baca : Apakah Itu Retargeting? Guna Retargeting Untuk Naikkan Sales 2X Ganda
Jika audiens itu berminat tetapi tidak membeli, mereka juga akan dapat iklan yang berbeza di sosial media supaya mereka membeli tetapi dengan mesej yang berbeza dari mesej iklan asal.
Kesan daripada menggunakan khidmat Social Leap, berlaku dua perubahan besar kepada Ecaque Fruit Cake di mana, tempahan kek meningkat dan sales bulanan meningkat sehingga 115%.
Ada dua perubahan besar yang signifikan pada Ecaque Fruit Cake selepas 30 hari, Faridah Borham membuat beberapa inisiatif yang dinyatakan di atas. Antaranya adalah, tempahan kek meningkat dan sales bulanan meningkat 115%.
Tempahan kek meningkat selepas Social Leap menjalankan kempen online advertising untuk tarik lebih ramai prospek membeli kek buah secara online di website e-commerce Ecaque Fruit Cake. Jumlah tempahan harian dan mingguan meningkat 40% – 50% kerana lebih ramai pelanggan yang membeli secara online.
Baca : TIPS: Peniaga Untung 6 Angka dengan Membuat 10 Konten Iklan Seminggu
Dalam masa 30 hari, Social Leap telah membelanjakan RM41,000 untuk online advertising dan Ecaque Fruit Cake berjaya capai sales RM280,000. Ini merupakan perubahan terbesar yang berlaku kerana sales sebelum adalah sekitar RM120,000 – RM130,000 sahaja.
Akan tetapi, ada beberapa sentimen yang membantu peningkatan sales Ecaque Fruit Cake dan yang paling besar adalah kempen iklan dijalankan adalah pada bulan Ramadhan dan majoriti pelanggan yang membeli adalah mereka yang ingin memberikan hadiah, buat rumah terbuka dan sebagainya.
Baca : 3 Cara Naikkan Sales F&B Sehingga Capai Hampir RM50,000 Jualan
Natijahnya, tips berjaya dalam bisnes hari ini adalah, usahawan perlu tahu kepentingan online-kan bisnes mereka dan bina website e-commerce sendiri seawal mungkin dan tidak bergantung harap kepada marketplace seperti Shopee dan Lazada sahaja. Dengan bantuan Social Leap, website e-commerce kekbuahviral.com berjaya menarik jumlah trafik yang signifikan untuk Ecaque Fruit Cake jual
Solopreneur dan usahawan juga perlu sedar yang sosial media seperti Facebook, Instagram dan TikTok hanyalah platform untuk pancing audiens yang tepat untuk pergi ke website e-commerce anda. Rahsia tips bisnes online ini tidak lain hanyalah dengan menggunakan online advertising menerusi Facebook Ads dan Instagram Ads.
Jika anda ingin lonjakkan bisnes online anda untuk mencapai jualan 6 angka, Social Leap sentiasa bersedia untuk bantu anda capai matlamat itu dengan taktik dan strategi yang betul menggunakan kombinasi online advertising dan data analisis.