Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

TIPS: Peniaga Untung 6 Angka dengan Membuat 10 Konten Iklan Seminggu

Ditulis oleh:

Social Leap

konten iklan

Untung 6 angka? 10 Konten Iklan dalam seminggu? Kami yakin bahawa mesti semua peniaga tahu the power of content yang boleh membawa untung kepada bisnes mereka.

Tetapi malangnya, tidak semua tahu bagaimana cara betul untuk membuat konten sehingga mencapai keuntungan 6 angka.

Sebagai contohnya, perempuan sexy bergoyang gelek di Bigo sudah semesti mendapatkan views yang banyak manakala lelaki yang buat lawak tak tentu hala pun selalu viral di Tiktok. Semua ini sebab mereka tahu cara untuk approach target audience mereka.  

Kita kena tahu cara untuk approach target audience dan target market kita.

Social Leap

Sama juga seperti dalam dunia bisnes, pelbagai cara yang kita boleh ambil untuk capai keuntungan 6 angka dengan membuat konten yang menarik.

Persoalannya di sini bagaimana nak viralkan konten tanpa perlu jadi seperti Alif Syukri atau Dato Vida? Kami ada jawapan di akhir artikel ini!

Sebelum itu, jom kita berkenalan dengan…..

Apa itu Konten Iklan?

Secara ringkasnya, konten iklan adalah strategi pemasaran yang memfokuskan pada idea membuat konten – yang educating dan entertaining – dengan konsisten dan relevan.

Konten ini berharga kerana meningkatkan engagement antara pelanggan semasa dan mensasarkan potential buyer baru secara meluas. 

Dalam konten, terdapat beberapa orang yang kena ada dalam setiap perniagaan iaitu Graphic Designer, Videographer dan Copywriter.

Kalau tak nak hire pekerja, boleh try servis Social Leap yang expert dalam pengiklanan perniagaan secara online

Content Is King, Content is Asset!

Bill Gates kata konten adalah raja dan aset dalam setiap perniagaan, tetapi konten yang macam mana dan bagaimana? 

Konten Iklan adalah penting untuk strategi pendekatan yang mendorong keuntungan berterusan dalam jangka masa panjang.

Untuk membuat konten yang menarik, konten mestilah memberi manfaat kepada potential buyer dalam beberapa cara.

Konten yang menarik adalah konten yang member manfaat atau value kepada potential buyers anda.

Social Leap

Sama seperti Tinder lah, kalau perempuan nak flirt dengan lelaki kenalah upload gambar cantik-cantik untuk di swipe right kan? Macam tu jugalah untuk konten iklan perniagaan anda!

Berapa banyak konten iklan peniaga wajib buat?

Memandangkan MCO di negara kita tak habis-habis lagi, kebanyakkan orang Malaysia lebih banyak meluangkan masa mereka di sosial media, so semakin kerap peniaga buat konten iklan semakin tinggilah potensi pelanggan membuat pembelian daripada iklan tersebut.

Sekurang-kurangnya, peniaga wajib menghasilkan 2 iklan dalam masa sehari.  2 iklan ini, kita akan run sebagai fb & ig ads. Kalau sehari dah 2 iklan, seminggu wajib ada minima 10 konten iklan dalam seminggu. 

Minima 10 konten iklan dalam seminggu! Sehari 2 iklan

Social Leap

Macam mana selama ni pengiklanan ataupun konten yang anda hasilkan? Adakah mengikut standard minima kami atau kurang? Kalau yang buat lebih tu adalah petanda yang baik and keep it up!

Tetapi kepada yang kurang kena denda! Selalu kena ingat kalau tak mencapai minima 10 konten seminggu, anda adalah gagalis! Kena denda untuk buat lebih konten lagi selepas ni!

Tapi ada jer yang dah buat 3 konten sehari tapi perniagaan masih tak seviral lawak hambar Aliff Syukri? Kena tengok step seterusnya ni!

Apakah rahsia untuk konten iklan yang gempak?

Secret Recipe Konten Iklan Yang Gempak

Kalau dah beriya buat konten sehari 10 pun tapi kalau engagement hambar sama juga peniaga tak untung! Cumanya habit untuk buat konten tiap hari tu dah cun patut dicontohi semua peniaga.

Selain rajinkan diri untuk buat konten, ini adalah ingredients yang wajib ada dalam hidangan konten setiap sosial media. 

1. Gambar

First thing first, pemilihan gambar adalah penting! Orang akan berhenti scroll post kerana tertarik dengan gambar posting. Gambar yang dipilih kenalah menarik dan kena mengena dengan produk yang dijual seller.

Bukan semata-mata nak gambar cantik sampai guna gambar yang tak relevan. Masalah juga tu!

Gambar yang di upload kenalah clear, high quality dan high resolution barulah menarik orang tengok. Kalau gunakan gambar dari Pinterest atau dari orang lain silalah letak photo credit atas nama mereka untuk mengelakkan salah faham. 

2. Headline

Perkara kedua (minoriti audiens tgk headline dulu) yang orang akan baca adalah Headline selepas tengok gambar! Kalau tengok perempuan pun lelaki mesti tengok wajah dia dulu kan?

Samalah dengan buat konten, kalau nak attract lelaki kena cantik-cantik, tak boleh selekah. So dalam headline ni, peniaga kena tulis ayat power yang straight to the point.

Tak payah berbunga, berpuisi deep, nanti ramai orang tak faham terus skip iklan tu. Nak lagi gempak kenalah tulis ayat catchy!

3. Video Content

Content video merupakan tool yang sangat powerful

Sebenarnya orang kita ni ramai yang tak suka membaca, so video adalah salah satu cara menarik minat untuk golongan malas membaca ni. Tapi video pun kenalah yang proper bukan sembarangan jer nanti sakit mata orang.

Tak semestinya video panjang, yang pendek macam dekat Tiktok lagi berkesan. Kadang-kadang video yang panjang orang tak tengok pun sampai habis kecuali kalau peniaga power buat video menarik. 

Sekarang ni semua kemudahan di hujung jari semua orang, nak rakam video menarik?

Kita ada Tiktok dan Reels di Instagram, dengan adanya kedua apps ni kita tak perlulah nak hire professional photographer untuk buatkan Tiktok ataupun Reels. Buat sendiri dekat rumah pun boleh!

4. First 3-seconds Video

Kalau dalam movie, first 3 minute adalah penting untuk capture attention audience. Memandangkan video konten sosial media lagi pendek, so the first 3 sec video dah kena kebabom untuk attract audience tengok video sampai habis.

Jangan lengah-lengahkan kreativiti anda. Kena kreative dari awal sampai habis dan make sure straight to the point.

5. Copywriting

Ayat catchy & straight-to-the-point adalah amalan copywriting yang padu

Selalunya seller anggap copywriting sosial media yang baik adalah copywriting yang panjang meleret tetapi sebenarnya salah.

Orang ramai tak suka spend time membaca di sosial media kerana mereka hanya mencari entertainment sahaja.

Ayat catchy ni adalah ayat yang senang diingati dan fun untuk dibaca, orang baca pun macam peniaga berborak bersama mereka sekali

Social Leap

So cara paling mudah tulis straight to the point dalam 2-3 ayat yang catchy dan tidak formal. Yalah orang dah penat seharian buat kerja hadap tulisan formal sampai sosial media nak chill lah kan baca iklan yang catchy sampai mereka terbeli. 

Peniaga kenalah approach potential buyer ni dengan perkara yang berkaitan dengan mereka dan kena tahu juga target audience bisnes yang macam mana.

6. Angle/USP/Highlight-related Audience

Unique Selling Proposition (USP) adalah yang membezakan setiap perniagaan yang wujud di seluruh dunia untuk menarik target audience yang peniaga inginkan.

USP akan menjadikan perniagaan unik dan bermanfaat di mata orang ramai. So macam mana nak buat USP ni?

Ni ada langkah-langkah dalam mengenalpasti USP yang wajib peniaga tahu!

Put yourself in your customer’s shoes

Sering kali, pengusaha jatuh cinta dengan produk atau perkhidmatan mereka dan lupa kehendak pelanggan mereka, padahal sebenarnya peniaga kenalah puaskan hati buyer!

Peniaga perlu meneliti perkara sebagai seorang pelanggan dan bukan seorang peniaga. Kalau dari segi konten pula, kita kena tulis sebagai pembeli bukan sebagai peniaga. Apa konten yang pembeli inginkan? 

Mestilah berkaitan dengan mereka! Misalnya, peniaga mengadakan kempen jualan work from home memandangkan masih ramai buyer yang bekerja dari rumah. Penjual kerepek bolehlah cakap kerepek wfh kalau makan confirm boleh siap semua kerja!

Peniaga juga boleh memberikan penghantaran percuma jika pembeli membeli banyak atau berada di kawasan yang berdekatan. Yalah siapa ja tak suka penghantaran percuma?

Salah satu sebab pembeli suka beli terus dekat kedai sebab tiadanya cas penghantaran, so adakan penghantaran percuma adalah satu langkah yang baik.

Social Leap
Ketahui apa yang mendorong tingkah laku dan purchasing behaviour (keputusan membeli) pelanggan

Pemasaran yang berkesan memerlukan peniaga menjadi “ahli psikologi” walaupun sebenarnya tak pakar mana pun. Perlu tahu apa yang mendorong dan memotivasi pelanggan kita untuk membeli. 

Adakah pelanggan membeli hanya untuk mengorat kita? Walaupun makanan kita tak sedap atau macam mana? Kita sebagai peniaga kena investigate kenapa pelanggan kita setia terhadap kita.

Melangkaui demografi pelanggan tradisional, seperti usia, jantina, bangsa, pendapatan dan lokasi geografi, yang dikumpulkan oleh kebanyakan perniagaan untuk menganalisis trend penjualan mereka. 

Begitu juga dalam menghasilkan konten, kena tahu background buyer dan kita akan tahu bagaimana nak tackle hati potential buyer. Kalau T20 kena keep it classy, caption tulis in English and keep the standard high gitu macam Azwan Ali, see my level?

Ketahui background buyer anda dan kenalpasti cara nak tackle hati mereka.

Social Leap

Bagi golongan B40 kenalah mesra rakyat, gunakan bahasa yang informal dan santai, Kalau dah tahu target audience kita, boleh buat satu template iklan yang bersesuaian yang boleh diguna pakai. 

Offer/Promosi

Promosi/offers juga salah satu cara untuk menarik perhatian potential buyers

Harga bukanlah satu masalah yang besar jika bisnes menyediakan sesuatu yang berkualiti tetapi bila peniaga membuat promosi yang diiklankan ianya bukan sahaja dapat memanggil pelanggan sedia ada tetapi ianya dapat menarik buyer baharu untuk mencuba produk atau servis peniaga.

Kalau sekali try dah cuns, mestilah new buyer tu akan repeat order lagi walaupun tanpa harga promosi yang ditawarkan. 

Selalunya, potential buyer akan tertarik membaca iklan kita kerana promosi yang ditawarkan.

Sebenarnya promosi yang ditawarkan bukan sahaja dengan menurunkan harga produk tetapi ianya juga boleh dalam banyak bentuk seperti memberikan penghantaran secara percuma, Buy one free one items, discount pembelian, memberikan free items kepada customer dan rewards collection selepas beberapa pembelian. 

CTA

Call to action (CTA) adalah arahan bertulis yang digunakan dalam kempen pemasaran. Ini membantu mendorong visitor laman web ataupun pembaca iklan untuk mengambil tindakan susulan yang diinginkan.

Ini macam nak ajak member lepak mamak tapi ni kita nak ajak potential buyer untuk visit our online store ataupun direct ke whatsapp untuk pertanyaan, sebagai contoh:

  • Text hyperlink
  • Button
  • Plain text with no link

“Buy Now” or “Download Now” adalah contoh typical yang sering digunakan oleh seller. Tetapi CTA juga dapat bertahan lebih lama, seperti “Subscribe today so you’ll never miss a post.”

CTA ini penting bagi memudahkan potential buyer kita untuk berurusan di online store peniaga. Yalah kalau dorang dah berminat tengok iklan kita mesti mereka nak ke next step seterusnya, kalau CTA ni dah ada senanglah buyer untuk membuat pembelian. 

Influencer Review/Testimonial

Dengan pengaruh Influencers, anda boleh meluaskan reach produk anda

Trend terbaru di Malaysia di mana semua berebut-rebut menggunakan khidmat influencer yang menawarkan khidmat paid review.

Walaupun kadang-kadang review yang diberikan tidak ikhlas tetapi ianya dapat menarik potential buyer daripada peminat influencer tersebut. 

Yalah daripada hanya 100 orang sahaja yang tahu, dengan menumpang populariti influencer yang mempunyai 500k follower sememangnya akan memberi impak kepada perniagaan.

Siapa tahu selepas influencer review terus followers naik dan ramai orang yang akan membeli produk peniaga. 

Peniaga kenalah tahu siapa influencer yang bersesuaian dengan produk atau servis mereka. Sebagai contoh, produk lokal Sugardolls yang memfokuskan kecantikan rambut wanita memilih Fatin Afifa yang sememangnya mempunyai rambut yang cantik untuk menjadi ambassador mereka.

Pilih Influencers yang sesuai dengan niche anda untuk reach yang lebih luas

Social Leap

Kalau bisnes sambal takkan lah nak suruh Khairul Aming pula review, dah terang-terang dia pun jual bisnes sambal kan?

Selepas Dah Follow Secret Recipe, Next Step Kita Kena TEST Konten Iklan!

Test Konten Anda

Semua elemen yang kami mentioned ini adalah penting kesemuanya dan wajib ada di dalam setiap konten iklan perniagaan anda.

Jangan pilih-pilih mana yang senang atau susah, kalau nak 6 angka dalam poket kena buat semua yang dinyatakan. 

Kesemua langkah perlu diamalkan untuk dapatkan jualan 6 angka dalam poket

Social Leap

Mungkin ramai tidak tahu proses dalam memilih iklan yang bersesuaian.

Kita kena bereksperimen dalam membuat iklan, kena ada try and error. Bukan semudah itu kita akan dapat iklan yang sesuai untuk menjual produk, boleh jadi dengan iklan ni kita dapat 20 orang buyer tapi iklan esok kita dapat pula 10 buyer tiba-tiba iklan weekend ni kita dapat 50 orang buyer.

Testing iklan ni pun ada caranya tau, kena refer formula ni;

1. Pembolehubah Kekal X 2-3 Pembolehubah yang nak di test berdasarkan secret recipe di atas  (1)

Test dlu 2-3 Pemboleh ubah berdasarkan Secret recipe di atas(1) > Identify Winner (1) > Scale Winner (1) > Replicate Winner (1)

Peniaga kena sediakan beberapa template yang mempunyai fixed variable yang sama tetapi mempunyai gaya penyampaian yang berbeza. Konteks sama tapi presentation berbeza.

Test ketiga-tiga konten sebanyak 2 hingga 3 kali untuk mengetahui pemenang yang sebenar. 
Peniaga kenalah kenal pasti iklan mereka yang berpotensi dalam menarik orang ramai untuk membaca.

Setiap perniagaan mempunyai cara approach potential buyer yang berbeza mengikut target audiens mereka.

Yalah tak semua buyer mempunyai keperluan, citarasa dan kemampuan yang sama, semuanya berbeza-beza mengikut background mereka.

Try and Error Bila Nak Success?

Kami yakin dengan adanya try and error yang dibuat, konten iklan perniagaan akan bertambah baik di masa akan datang. Macam belajar memasak lah, hari-hari masak nanti makin sedaplah masakan kita.

Hari-hari buat konten mesti makin better selepas tu. Company US besar yang mencapai jualan 25-30 Juta keuntungan telah membuat lebih daripada 10 konten setiap minggu.

So apalagi alasan tak nak buat konten? Kalau ada peniaga yang malas nak buat try and error ni jangan risau!

Social Leap berkemahiran sedia membantu peniaga dalam membuat iklan perniagaan di sosial media. Keuntungan 6 angka tak ada hal lah bagi Social Leap!

Mahu Belajar mencipta Iklan Yang Menguntungkan Walaupun Kos Ads Makin Mahal?

Dapatkan Panduan Winning Ads Sekarang