Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

5 Cara Pilih Digital Marketing Agency Yang Tepat Untuk Bisnes Anda

Anda ada buat bisnes? Masih tak ada tim marketing sendiri? Tenang. Ramai solopreneur dan usahawan buat silap yang sama. Mereka buat sendiri marketing dan hujungnya, mereka stress kerana hasilnya tidak seperti apa mereka harapkan. Jalan terbaik adalah, upah digital marketing agency yang tepat. Tapi, anda perlu tahu cara pilih digital marketing agency yang betul dahulu! 

Semua orang bermula dari bawah, seperti juga kami di Social Leap. Pada awalnya, kami telah gunakan banyak servis digital marketing agency dan creative agency yang ada di pasaran dan dapat banyak pengalaman baru sepanjang tempoh itu. Disebabkan itu, dalam artikel ini, kami akan ajar anda cara pilih digital marketing agency, apa yang anda perlu tahu sebelum memilih digital marketing agency dan jenis servis yang anda boleh dapatkan dari mereka. 

Semoga dengan pendedahan dari pengalaman kami ini, anda tidak akan buat silap yang sama seperti ramai solopreneur dan usahawan lain. Sebagai orang bisnes, sebaiknya anda fokus untuk gandakan duit dan mencari bakat yang betul untuk bisnes. Urusan marketing, serahkan pada ahlinya. 

Apa Itu Digital Marketing Agency?

Digital marketing agency adalah sebuah firma yang menjalankan kempen marketing menerusi pelbagai teknik, taktik dan strategi dan ini termasuk menggunakan pelbagai channel seperti website, blog, email, sosial media, aplikasi dan lain-lain dengan fokus untuk ubah persepsi brand atau capai conversion. 

Untuk meningkatkan brand awareness orang awam dan target audiens, anda perlu ubah persepsi mereka terlebih dahulu terhadap brand, niche dan industri anda. Proses menukarkan audiens kepada follower dan akhirnya menjadi pelanggan, termasuk dalam skop kerja digital marketing agency. 

Jika anda ada bisnes atau kedai fizikal, anda perlukan digital marketing untuk naikkan kesedaran orang awam dan target audiens tentang bisnes dan kedai fizikal anda sekaligus naikkan sales harian, mingguan dan bulanan secara online. 

Digital marketing agency penting untuk sebuah bisnes berada pada pasaran dan kekal relevan bergantung kepada teknik marketing yang digunakan dan bajet marketing yang anda belanjakan samada mengikut kempen atau mengikut bulan.

Jenis Servis Ditawarkan Digital Marketing Agency?

Secara dasarnya, segala khidmat marketing berasaskan online adalah di bawah tanggungjawab digital marketing agency. Akan tetapi, agak sukar untuk mencari digital marketing agency yang pakar dalam semua elemen, channel dan platform online sedia ada. 

Ada digital marketing agency yang fokus pada online advertising seperti Facebook Ads, Instagram Ads, Google Ads dan TikTok Ads. Tetapi, belum tentu agency itu pakar dalam Apple Search Ads. 

Ada digital marketing agency yang pakar dalam menaikkan trafik dan sales menerusi Search Engine Optimization menerusi content marketing, tetapi belum tentu pakar dalam Google Ads. 

Hal ini disebabkan, ada banyak cabang channel dan platform yang memerlukan kepakaran orang yang berbeza. Jadi, sebagai pemula anda perlu putuskan jenis servis yang anda perlukan bergantung kepada situasi semasa dan kesediaan anda untuk buat marketing secara online.

Jenis – Jenis Digital Marketing Yang Ada

  • • Email Marketing 
  • Content Marketing 
  • Affiliate Marketing 
  • Pay-Per-Click (PPC)
  • Mobile Apps Marketing 
  • Social Media Marketing 
  • Search Engine Marketing (SEM)
  • Search Engine Optimization (SEO)

Kenapa Kena Pilih Digital Marketing Agency?

Zaman Teknologi – Hari ini, hampir semua orang mempunyai smartphone dengan jaringan sekurang-kurangnya 4G dan mereka menggunakannya hampir setiap masa. Dengan teknik digital marketing yang betul, brand anda boleh capai seramai mungkin audiens. 

Duit Online Itu Benar – Anda hanya perlukan satu akaun sosial media dan website untuk mula buat duit secara online dengan produk yang betul. Lebih strategik dan besar bajet marketing, lebih ramai audiens akan jadi pelanggan anda. 

Sesuai Untuk Semua Industri – Dalam dunia online, anda boleh jual apa sahaja asalkan produk yang anda jual itu memberi solusi sebenar kepada masalah sebenar yang dihadapi audiens di dunia nyata. 

Banyak Teknik Untuk Eksperimen – Dalam dunia digital marketing, tidak ada mazhab yang tepat untuk semua niche dan industri. Anda perlu eksperimen dengan pelbagai teknik, taktik dan strategi pada sebanyak mungkin channel dan platform untuk dapat hasil yang optimum.

Cara Pilih Digital Marketing Agency

Sebelum anda menggunakan mana-mana khidmat digital marketing agency, ada baiknya anda ikut lima cara ini terlebih dahulu dan ikut secara turutan.

1. Semak Portfolio Klien Mereka

Jangan tertipu dengan jutaan ringgit atau apa sahaja yang disampaikan digital marketing agency itu. Talk is cheap, apa anda perlu buat adalah cuba validasi cerita yang disampaikan dengan menyemak portfolio klien mereka. 

Lihat perubahan yang berlaku pada bisnes lain selepas menggunakan khidmat digital marketing agency itu, bagaimana dan bila perubahan itu mengambil tempat. Biasanya, tidak sukar untuk anda tahu sebuah digital marketing agency itu menipu atau tidak.

2. Kepakaran Yang Mereka Ada

Tidak banyak digital marketing agency yang berlaku jujur dengan kepakaran yang mereka miliki. Paling parah, mereka upah digital marketer freelance untuk selesaikan khidmat klien yang mereka terima kerana mereka tidak pakar dalam beberapa channel dan platform. 

Biasanya, digital marketing agency yang pakar dalam online advertising, tidaklah terlalu pakar dalam sosial media marketing dan search engine optimization. Begitu juga untuk agency yang pakar dalam sosial media marketing, mereka tidaklah terlalu pakar dalam online advertising dan search engine optimization.

3. Tidak Janjikan Result Yang Magik

Berhati-hati dengan digital marketing agency yang menjanjikan result dalam masa yang singkat. Anda perlu faham bahawa marketing adalah eksperimen dan hasil dari eksperimen adalah sesuatu yang anda tidak boleh kawal. 

Anda sebagai usahawan juga perlu faham yang digital marketing agency bukanlah ahli silap mata yang boleh naikkan sales anda dalam masa beberapa hari dengan buat Facebook Ads atau TikTok Ads. Hari ini, semua brand jalankan Facebook Ads dan audiens semakin bijak memilih.

4. Nasihat Mereka Jadikan Anda Lebih Bijak

Digital marketing agency yang bagus, mereka akan nilai tahap online presence anda, apa yang anda telah buat dan beritahu secara teknikal apa yang salah dan apa yang baik untuk brand anda berdasarkan pengalaman mereka. 

Memandangkan majoriti digital marketing agency didukung oleh orang-orang teknikal, anda perlu tanya soalan yang betul supaya mereka mampu beri nasihat yang betul dalam proses mengubah cara fikir anda menjadi usahawan yang lebih bijak.

5. Partner Dengan Platform Google atau Facebook

Jika anda mencari digital marketing agency yang boleh naikkan sales anda menerusi online advertising seperti Facebook Ads, Instagram Ads, Google Ads dan TikTok Ads, pastikan anda gunakan khidmat digital marketing agency yang bukan sekadar pandai tekan ads.

Sebaliknya, mereka tahu kenapa mereka buat iklan itu, di platform itu dan mesej pada iklan itu. Dan andaikata iklan itu tidak berjaya mendatangkan conversion, mereka tahu cara untuk optimize iklan itu secepat mungkin supaya kembali mendatangkan hasil. 

Cara paling mudah adalah menggunakan khidmat digital marketing agency yang terbukti partner dengan platform seperti Meta (Facebook & Instagram) dan Google. Kelebihannya adalah, mereka mempunyai akses langsung kepada individu di Meta dan Google dan mereka mendapat latihan yang betul untuk jalankan online advertising di platform tersebut.

Landskap Digital Marketing Agency Di Malaysia

Sekarang, anda sudah tahu cara pilih digital marketing agency, tibalah masa untuk anda faham landskap digital marketing agency di Malaysia pula. Ada tiga perkara yang anda perlu.

Ada Banyak Jenis Digital Marketing Agency

Sebenarnya, ada lebih daripada 3,000 digital marketing agency di Malaysia dan majoriti tertumpu di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia. Anda perlu faham bahawa makna digital marketing itu sendiri sangat luas. Maka, anda perlu jadi spesifik dalam pemilihan digital marketing agency untuk brand anda.

Harga Servis Tertakluk Kepada Jenis Servis

Bercakap soal harga, setiap digital marketing agency menggunakan skema harga yang berbeza bergantung kepada jenis servis yang anda gunakan. Tidak ada servis digital marketing yang terlalu murah dan terlalu mahal. Jenis servis mempengaruhi kadar harga yang perlu anda bayar.

Digital Marketing Agency Tidak Boleh Janjikan Leads/Sales

Jangan mudah terpedaya dan tertipu dengan digital marketing agency yang kerap memberi gula-gula di sosial media seperti menunjukkan video leads yang masuk ke WhatsApp dan sales yang banyak. 

Anda perlu faham, ada digital marketing agency menunjukkan leads yang masuk, sedangkan leads itu adalah mereka yang nak beli Baju Melayu pada minggu terakhir Ramadan. Maka sudah pasti leads yang masuk itu banyak. Perkara ini tidak berlaku pada Tahun Baru Cina atau Deepavali. 

Leads yang masuk terlalu banyak tanpa dilayan juga bukanlah indikator kejayaan sebenar. Bisnes yang betul-betul sibuk tidak mampu nak tunjuk jumlah leads yang banyak kerana mereka sibuk close sales atau leads itu beli secara online di website ecommerce mereka. 

Kesimpulannya, marketing adalah bahagian yang penting dalam sesebuah bisnes dan anda perlu online-kan bisnes anda secepat mungkin dengan mengetahui cara pilih digital marketing agency yang betul. Gunakan khidmat digital marketing agency yang sesuai dan tepat supaya anda capai objektif bisnes anda secepat mungkin. 

Hanya 60 saat untuk anda book slot sesi konsultansi 30 minit percuma dengan Social Leap!

Kami akan beri nasihat, tips dan trik untuk anda kembangkan bisnes dengan online advertising!