Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

3 Cara Naikkan Sales F&B Sehingga Capai Hampir RM50,000 Jualan

Artikel SEO : Nasi Kukus Maleq (Cara Naikkan Sales)

3 cara sebenar untuk naikkan sales kedai makan dan tips bisnes ini akan bantu naikkan sales kedai anda dalam masa 30 hari.

Cara naikkan sales sangat penting dan kekal sebagai tips bisnes paling banyak carian di Google oleh usahawan-usahawan di Malaysia yang menghadapi masalah penurunan jumlah sales harian atau mingguan mereka. 

Seperti yang kita semua tahu, bahasa bisnes adalah akaun, dan nyawa sebuah bisnes adalah cashflow. Jika bisnes gagal mencapai target sales, bisnes itu menghadapi risiko yang tinggi jika terus beroperasi tanpa ada suntikan kewangan luaran.

Accounting is the language of business. - Warren Buffett
Kredit Imej : AZ Quotes

Artikel cara naikkan sales ini merupakan hasil daripada case study sebenar Nasi Kukus Maleq, salah satu klien Social Leap yang berjaya mencapai jualan hampir RM50,000 dengan hanya fokus menjual nasi kukus ayam berempah sahaja. 

Nasi Kukus Maleq beroperasi di Kampung Kuala Sialang, Bahau, Negeri Sembilan dan menjual Nasi Kukus Ayam Berempah. Bisnes ini dimiliki usahawan wanita tempatan yang mempunyai pengalaman dalam menyediakan nasi kukus berkualiti tinggi bertahun lamanya. 

Kredit Imej : Senawang TV

Gerai Nasi Kukus Maleq ini beroperasi 6 hari seminggu kecuali hari Ahad dan dibuka seawal 11:00 am dan tutup sekitar jam 4:00 PM.

Cabaran Dalam Bisnes 

Seperti bisnes makanan lain, Nasi Kukus Maleq yang membuka kedai fizikal (gerai) perlukan brand awareness daripada penduduk sekitar Bahau dan pemandu kenderaan yang melalui jalan dari Bahau menghala ke Batu Kikir dan Bukit Kelulut. 

Puan Fiera, Pengusaha Nasi Kukus Maleq

Bisnes Nasi Kukus Maleq turut ada masalah dari segi jualan kerana mereka mengharapkan sepenuhnya trafik harian penduduk dan pemandu kenderaan di sekitar kawasan itu. 

Mereka pernah mengambil inisiatif sendiri dengan membuat online marketing menggunakan Facebook Ads dan Instagram Ads. Malangnya, hasil daripada online advertising itu tidak menjadi dan lebih parah, mereka rugi. 

Belajar dari kesilapan, mereka buat keputusan radikal dengan menggajikan digital marketer sebagai staf dengan fokus membuat iklan yang meningkatkan brand awareness orang awam tentang jenama Nasi Kukus Maleq sekaligus meningkatkan jualan harian mereka. 

Akan tetapi, usaha itu kurang berkesan dan kos iklan yang mereka belanjakan, mencecah lebih 10% daripada jumlah jualan harian mereka. Kos ini sebenarnya agak besar memandangkan harga jualan nasi kukus mereka sekitar RM6 – RM9 sahaja. 

Ini adalah senarai nasi kukus yang dijual oleh Nasi Kukus Maleq :- 

  1. Nasi Kukus Maleq (RM8)
  2. Set Nasi Kukus Maleq (RM9)
  3. Set Ayam Goreng Berempah (RM7)

Anda boleh lihat semua menu yang dijual Nasi Kukus Maleq di sini : nasikukusmaleq.com 

Perasaan bercampur baru di antara kecewa, geram dan sedih. Mereka buntu kerana tidak tahu apa yang salah dan lebih teruk lagi, mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. 

Apa yang pasti, bisnes Nasi Kukus Maleq perlukan nasihat, strategi dan idea baru secepat mungkin dari orang yang berpengalaman dalam bisnes makanan.

Social Leap yang dibangunkan Amirul Mu’min sememangnya berpengalaman dalam pemasaran digital bisnes makanan. Hal ini kerana, Amirul Mu’min merupakan individu yang bertanggungjawab membantu bisnes Mee Sanggul Dinda sehingga mencapai jualan enam angka dalam masa beberapa bulan sahaja. 

Kredit Imej : Shopee Malaysia 

Soalan pertama yang tim Social Leap tanyakan pada pemilik Nasi Kukus Maleq adalah, apa jenis konten yang mereka ada? 

Apa yang mengejutkan adalah, Nasi Kukus Maleq mempunyai banyak video berkualiti tinggi yang dihasilkan tim mereka, pelanggan dan sosial media influencer yang turut datang untuk buat food review di gerai mereka! 

Alangkah sayangnya, video berkualiti tinggi itu hanya tersimpan rapi di dalam smartphone mereka sahaja. 

Dalam dunia digital marketing, konten adalah penentu kejayaan terbesar online advertising. Sebenarnya, memiliki konten video berkualiti tinggi adalah bonus untuk Nasi Kukus Maleq. 

Cara Naikkan Sales Gerai Tepi Jalan Dengan RM3,000 

Secara teknikal, ada 3 cara naikkan sales yang Social Leap lakukan pada Nasi Kukus Maleq dengan fokus utama diberikan pada platform untuk menjual, gunakan Facebook Ads dan akhir sekali, menggunakan konten berbentuk user generated content (UGC).

  1. Platform Untuk Menjual Secara Online 

Nasi Kukus Maleq menggunakan dua platform untuk menjual nasi kukus mereka iaitu WhatsApp dan Yezza.

Setiap soalan yang bakal ditanya pelanggan sudah dikaji oleh tim Nasi Kukus Maleq dan mereka menyediakan copywriting template untuk dihantar pada pelanggan yang order menerusi WhatsApp supaya proses order menjadi lebih laju. 

Setiap order yang masuk di WhatsApp atau Yezza akan diproses oleh staff mereka untuk urusan delivery. 

Apa yang bagus tentang Yezza adalah, fungsi online payment dan rider delivery sudah siap tersedia untuk digunakan peniaga online tanpa mengira apa jenis produk yang mereka jual secara online. 

Baca : E-Commerce VS Shopee VS Social Commerce? 4 Analisa SWOT Biz Owner Perlu Tahu

Dengan fungsi ini, pengalaman membeli oleh pelanggan dan proses mengurus order yang dilakukan tim Nasi Kukus Maleq menjadi laju dan mudah. 

  1. Guna Facebook Ads Untuk Tarik Trafik 

Memandangkan ada dua medium untuk close sales, tim Social Leap menggunakan dua objektif yang berbeza untuk Facebook Ads.

  1. Messages Objective – Untuk pelanggan yang membeli di WhatsApp 
  2. Conversion Objective – Untuk pelanggan yang membeli di Yezza 

Struktur Facebook Ads yang dibuat juga cukup mudah seperti ini :- 

  • 1 Ad Set : Untuk Negeri Sembilan 
  • 1 Ad Set : 10KM Radius Dari Gerai 

Buat pengetahuan anda, ada banyak teknik dan taktik dalam Facebook Ads mengikut kesesuaian dan bajet marketing sesebuah bisnes. 

Baca : Apakah itu Retargeting ? – Gunakan Retargeting Untuk Naikkan Sales 2x Ganda

Cabaran untuk mencipta iklan yang berjaya di sosial media adalah bagaimana nak buat audiens yang melihat iklan tersebut terliur dan kecur dengan keenakan Nasi Kukus Maleq. 

Iklan pertama yang dijalankan tim Social Leap berjaya mendapat mesej yang banyak daripada audiens. Akan tetapi, kosnya sangat mahal. 

Mana mungkin kos per pm adalah RM5 sedangkan produk yang dijual sekitar RM6 – RM9 sahaja?

Tim Social Leap sedar, ada benda yang salah dalam iklan tersebut dan selepas membuat semakan, mereka mendapati konten yang digunakan itu bermasalah. 

Konten video yang digunakan untuk Facebook Ads itu terlalu bising dengan musik dan jenis konten itu sendiri yang gagal membuatkan audiens tertarik dengan keenakan nasi kukus berempah milik Nasi Kukus Maleq. 

Belajar daripada kesilapan, tim Social Leap menukar konten video yang digunakan untuk Facebook Ads secara total!

Custom Metrics yang digunakan di sini ialah PM with Comments iaitu Unique Outbound Click+Messages Received+Comments PM with Comment CTR% ialah (Unique Outbound Click+Messages Received+Comments)/Impressions
Cost Per PM with Comments ialah Amount Spent/(Unique Outbound Click+Messages Received+Comments)

3. Pakai User Generated Content (UGC)

Sebagai pemula, tim Social Leap melakukan beberapa eksperimen dari segi :- 

  • Konten
  • Angle iklan 
  • Gambar & imej 
  • Copywriting iklan 

Dan akhirnya, tim Social Leap membuat keputusan untuk menggunakan video raw yang lebih fokus kepada makanan tanpa ada sebarang bentuk editing. 

Jenis video adalah seperti yang anda semua rakam sewaktu pergi mana-mana gerai dan kedai makan sahaja. Cukup simple. Dan hasilnya cukup luar biasa!

Baca : Peniaga Untung 6 Angka dengan Membuat 10 Konten Iklan Seminggu

Banyak perubahan yang berlaku pada Nasi Kukus Maleq selepas tim Social Leap membuat pelbagai eksperimen untuk mendapatkan iklan yang ideal atau winning ads. 

Perubahan Pada Nasi Kukus Maleq 

  1. Kos Iklan Jadi Murah 

Selepas menilai data dan statistik dari Facebook Ads Manager, kami dapati kos per pm adalah di bawah RM1. 

Majoriti kempen lain yang menggunakan WhatsApp sebagai medium close order juga menunjukkan hasil yang sama. Kos untuk 1,000 impression di Facebook dan Instagram adalah pada RM9.25 dan dikira murah. 

2. Boleh Jual Pada Lebih Ramai Pelanggan 

Memandangkan Nasi Kukus Maleq menggunakan Yezza, mereka mampu jual pada lebih ramai pelanggan kerana Yezza sudah di integrasi dengan sistem kurier dan rider delivery. 

Pelanggan hanya perlu order dan buat pembayaran dan berikan alamat. Kemudian, rider akan hantarkan makanan itu dari gerai Nasi Kukus Maleq ke alamat pelanggan. 

Apa yang lebih penting, Nasi Kukus Maleq tidak perlu bayar tambahan 35% pada FoodPanda dan GrabFood sama sekali. 

3.  Brand Awareness & Jualan Meningkat

Cara tim Social Leap nilai brand awareness adalah dengan jumlah follower pada akaun sosial media Nasi Kukus Maleq. 

Berlaku pertambahan follower pada akaun Facebook dan Instagram milik Nasi Kukus Maleq hasil daripada iklan yang dijalankan di kedua-dua platform tersebut. 

Jualan harian Nasi Kukus Maleq turut meningkat dan selepas 1 bulan, berjaya mencapai jualan hampir RM50,000. 

Tips yang dikongsikan di atas adalah teknik sebenar cara naikkan sales gerai makanan dengan fokus pada menjual sahaja. 

Tips sales dan marketing, kekal sebagai tips bisnes paling penting untuk bisnes yang berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai target jualan harian mereka. 

Anda boleh tiruvasi cara naikkan sales dari artikel ini untuk bisnes anda. Selain itu, gunakan platform menjual seperti Yezza untuk lajukan proses close deal anda di WhatsApp. 

Kalau anda perlukan servis pemasaran digital untuk tingkatkan sales bisnes anda, jangan ragu-ragu untuk hubungi tim Social Leap.

Social Leap komited untuk naikkan sales bisnes online anda ke 6 angka dengan mengguna pakai strategi dan taktik sebenar hasil pengalaman kami mengendalikan online advertising di pelbagai spekturm platform.