Cara Simple Kira Untung Jual Makanan

Ditulis oleh:

Social Leap

Dilema ramai peniaga makanan, warung, restoran dan medan selera yang jual makanan adalah tentang cara kira untung jual makanan yang tepat.  Isunya adalah, mereka bukanlah kurang ilmu marketing, sebaliknya mereka kurang ilmu matematik dan pengurusan untuk kurangkan kos dan tinggikan untung dalam jualan makanan mereka. Cara kira untung jual makanan akan memberi impak pada pulangan modal harian dan untung harian bisnes makanan anda.

Sekiranya anda sedang mencari cara simple kira untung jual makanan atau ingin tukar cara kira untung jual makanan anda, baca artikel ini sampai habis. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan secara detail dan holistik tentang kenapa ilmu kira untung rugi itu penting dan cara kira untung jual makanan yang tepat dan praktikal.

Paling penting adalah, pastikan anda tahu tiga punca kenapa banyak bisnes makanan rugi. Semoga dengan ilmu ini, anda tidak buat silap yang sama seperti bisnes-bisnes makanan yang lain.

Apa Itu Untung Jualan Makanan?

Untung jualan makanan adalah untung kasar yang anda dapat hasil jualan makanan atau minuman kepada pelanggan. Untung dalam jualan makanan adalah indikator tahap keberjayaan dan kesihatan kewangan bisnes anda. Tanpa untung, adalah mustahil untuk bisnes anda bertahan apatah lagi berkembang.

Untung dalam jualan makanan juga merupakan informasi akan kemampuan bisnes anda untuk kawal kos bahan mentah dan kefahaman tentang harga yang tepat untuk dikenakan pada pelanggan. Logiknya adalah, lebih tinggi harga kos bahan mentah, lebih tinggi harga produk makanan anda. Akan tetapi, harga makanan yang anda kenakan pada pelanggan, mestilah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah berbanding pesaing.

Kepentingan Ilmu Kira Untung Rugi

Buat pengetahuan anda, tidak ramai peniaga makanan yang ada asas ilmu kira untung rugi makanan yang betul. Majoriti peniaga makanan menggunakan mekanisme simple seperti kos bahan mentah didarabkan dengan tiga sahaja. Mekanisme ini sebenarnya tidak salah, tetapi kurang tepat. Ini faehda ilmu kira untung rugi dalam bisnes makanan.

1. Tahu Kos Setiap COGS

Kos setiap COGS penting supaya anda tahu metrik yang tepat untuk mengekalkan cukai bisnes, capai keuntungan dalam jualan makanan dan kos lain-lain yang terlibat seperti kos pembelian, kos bahan, kos pekerja dan kos lain yang berkaitan. Kos COGS mestilah tepat supaya anda dapat kiraan yang tepat untuk bajet marketing dan margin keuntungan.

2. Rancang Modal Harian Jual Makanan

Solopreneur dan usahawan yang bijak, akan tahu berapa kos modal harian setiap hari dalam seminggu. Hal ini kerana, kos modal harian untuk hari biasa dan hujung minggu secara teknikalnya adalah berbeza kerana jumlah pelanggan yang beli juga berbeza. Ini termasuk musim perayaan, luar musim perayaan dan juga musim tengkujuh untuk sesetengah makanan.

3. Tetapkan Margin Untung Yang Berpatutan

Setiap produk makanan yang anda jual pasti akan ada nisbah jualan tertentu yang membolehkan anda dapat keuntungan. Isunya adalah, berapa banyak keuntungan yang anda ingin ambil dari jualan sepinggan Nasi Ayam atau secawan Buttercream Latte? Anda tidak boleh jual terlalu mahal kerana pelanggan sudah pasti akan cari alternatif yang lebih murah. Maka, anda perlu tahu COGS makanan anda sebelum tetapkan margin keuntungan.

4. Asas Kuasai Pasaran Dalam Industri Makanan

Selepas anda tahu ilmu cara kira untung rugi dalam jualan makanan, anda akan dapat gambaran harga, potensi dan pasaran semasa dan mendatang. Anda tahu secara kasar cara untuk capai satu amaun keuntungan dan barangkali cara untuk menaikkan jualan harian. Dengan dua cara ini, anda secara teori mampu menguasai pasaran dalam industri makanan.

3 Punca Banyak Bisnes Makanan Rugi

Sebagai usahawan, anda akan mati dua kali dalam seumur hidup. Pertama, bila anda berhenti bernafas dan kedua bila bisnes anda tidak lagi menjadi sebutan dan dicari pelanggan. Ada tiga punca kenapa banyak bisnes makanan rugi dan ada yang melingkup dalam masa kurang dari 12 bulan.

1. Tahu Tahu Kira Kos Bahan Mentah

Masih ada ramai usahawan yang tidak tahu cara kira kos bahan mentah kerana ada bahan mentah yang mampu bertahan lebih dari 7 hari dan ada bahan mentah yang hanya boleh bertahan dalam masa 24 jam – 48 jam sahaja. Mereka mencampur adukkan kos-kos tersebut dan mereka tidak sedar yang cara kira kos bahan mentah itu sebenarnya salah dan mendatangkan kerugian pada bisnes mereka.

2. Tak Tetapkan Margin Untung Yang Tepat

Ini merupakan penyakit majoriti bisnes kedai makan Melayu yang tidak meletakkan tanda harga pada makanan yang mereka jual. Adakalanya, mereka jual pada harga yang murah, dan besoknya mereka jual pada harga yang mahal. Bila pelanggan bising, mereka jual semula pada harga yang murah. Usahawan perlu tetapkan berapa margin untung yang ingin mereka ambil dari jualan dan jangan tukar harga jualan sesuka hati.

3. Gagal Dapat Supplier Barang Mentah Yang Murah

Asas untuk dapatkan kos bahan mentah yang murah, usahawan perlu cari dan dapatkan supplier barang mentah yang murah hatta sesukar manapun. Masalahnya, tidak semua usahawan sanggup untuk keluarkan sedikit masa, tenaga dan wang untuk betul-betul cari supplier barang mentah yang boleh beri harga yang relevan dan sihat untuk jualan makanan mereka.

Cara Kira Untung Jual Makanan

Untuk faham cara kira untung jual makanan ini, contoh produk yang akan digunakan adalah biskut double chocolate chips rangup dan dijual sebanyak 100 biji dalam sebuah bekas bersaiz mini. Ikut step-by-step di bawah.

1. Senarai Bahan Untuk Hasilkan Produk

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan semua bahan dan ramuan yang diperlukan untuk menghasilkan biskut double chocolate chips rangup itu. Ini termasuklah unsalted mentega, gula kastor, gula perang, 2 biji telur, esen vanila, tepung gandum, serbuk koko, baking soda, garam dan chocolate chip.

2. Senarai Harga Untuk Setiap Produk

Selepas itu, senaraikan harga untuk semua bahan dan ramuan yang diperlukan untuk hasilkan produk makanan tadi mengikut harga per kilogram, paket dan bundle. Contohnya, harga unsalted mentega di pasaraya terdekat adalah RM9.90 dan dua papan telur adalah RM13.05. Harga untuk semua bahan dan ramuan itu mestilah harga terkini yang tepat.

3. Senaraikan Berat Ramuan

Langkah ketiga, anda perlu senaraikan berat semua bahan dan ramuan yang dinyatakan pada point #1 tadi. Berat ramuan penting untuk anda tahu berapa berat ramuan untuk hasilkan produk makanan dalam skala besar tanpa menghilangkan kualiti makanan itu. Anda boleh juga senaraikan paket ramuan diperlukan. Contoh berat ramuan adalah :- 

  • Garam : 400 gram 
  • Telur 2 Papan : 30 biji 
  • Esen Vanilla : 45 gram 
  • Serbuk Koko : 226 gram 
  • Baking Soda : 454 gram 
  • Chocolate Chip : 340 gram
  • Gula Kastor : 1 kg (1 paket)
  • Gula Perang : 1 kg (1 paket) 
  • Tepung Gandum : 1 kilogram 
  • Unsalted Mentega : 227 gram

4. Ikut Resepi, Masukkan Sukatan Mengikut Kilogram

Untuk menghasilkan sebuah produk makanan, anda perlukan resepi yang betul dalam menghasilkan produk makanan yang berkualiti tinggi. Resepi yang betul penting supaya anda tidak silap dalam menyediakan dan memasukkan ramuan untuk hasilkan produk makanan itu. Sekarang, masukkan sukatan ramuan tadi berdasarkan kilogram mengikut resepi yang anda ikut. Contohnya :- 

  • Garam : 3 gram 
  • Telur : 2 kilogram
  • Esen Vanilla : 16 gram 
  • Serbuk Koko : 64 gram 
  • Baking Soda : 8 gram 
  • Chocolate Chip : 256 gram  
  • Gula Kastor : 64 gram 
  • Gula Perang : 96 gram 
  • Tepung Gandum : 272 gram 
  • Unsalted Mentega : 227 gram 

5. Kira Harga Setiap Sukatan Untuk Hasilkan Produk

Sekarang, anda perlu kira harga setiap sukatan dari point #4 di atas, supaya anda tahu berapa kos sebenar untuk hasilkan 100 biji Biskut Double Chocolate Chips itu. Contohnya :- 

  • Garam : RM0.1
  • Telur : RM0.87
  • Esen Vanilla : RM0.83
  • Serbuk Koko : RM6.03
  • Baking Soda : RM0.12
  • Chocolate Chip : RM15.40 
  • Gula Kastor : RM0.27 
  • Gula Perang : RM0.31
  • Tepung Gandum : RM0.82 
  • Unsalted Mentega : RM9.90 

Dan anda akan dapat angka yang tepat untuk kos ramuan yakni, RM34.55 

6. Tentukan Kos Overhead Dalam Operasi

Ini merupakan langkah yang penting kerana anda perlu masukkan kos overhead operasi dalam penghasilan produk makanan ini. Kos overhead ini merupakan kos wajib seperti gaji pekerja, sewa, bil elektrik, bil air. Anda boleh dapatkan kadar % overhead dengan membandingkan kos overhead dengan jumlah jualan bulan lepas. Dalam senario ini, kos overhead 20% dicampur dengan jumlah kos ramuan adalah RM41.46. 

7. Tetapkan Kadar Margin Untung

Ini merupakan fasa terakhir di mana, anda perlu tetapkan berapa peratus untung yang anda ingin ambil dari jualan biskut Double Chocolate Chips tersebut. Contoh termudah adalah anda boleh tetapkan untuk ambil 15% margin keuntungan. Maka, RM41.46 seperti point #6 di atas dicampur dengan 15% margin keuntungan anda adalah RM47.68. 

Kesimpulannya, cara kira untung jual makanan tidaklah sesukar yang ramai orang sangkakan. Ramai orang mula rasa sukar untuk kira kos bahan makanan apabila ianya mula melibatkan kuantiti yang banyak. Sebenarnya, asas cara kira untung jual makanan itu masih sama, cuma anda perlu masukkan kos overhead dan margin keuntungan yang tepat selepas anda tahu kos untuk ramuan dan sukatan mengikut resepi. 

Ingin Dapatkan Kiraan Kos Jualan Dengan Lebih Mudah & Tepat?

Dapatkan Sistem KiraUntung yang dibangunkan oleh tim Socialeap sendiri.

Dapatkan KiraUntung Sekarang

Mudah. Cepat. Akses Selamanya