Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

Cara Terkini Buat FB Ads Yang Betul & Convert Sales (Edisi 2022)

Ditulis oleh:

Social Leap

Anda bukan orang pertama yang stress bila bercakap soal Facebook Ads dan untuk rekod, ada tiga kategori orang yang ingin belajar cara buat FB Ads. Yang pertama adalah yang pertama kali ingin jual barang di Facebook.

Kedua, orang yang pernah buat Facebook Ads tapi hasilnya tidak efektif dan kurang berkesan. Manakala yang ketiga, adalah orang yang pernah tapi nak tahu cara buat FB Ads yang betul dan convert kepada sales. 

Tahniah! Kerana anda sedang membaca blog yang betul. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan secara holistik pada gerak kerja yang detail, terkini dan efektif berkenaan cara buat iklan di Facebook.

Bukan itu sahaja, apa yang akan dikongsikan di dalam artikel ini adalah hasil pengalaman bertahun lamanya buat iklan Facebook dalam pelbagai niche, industri dan praktis seharian para performance marketer di Social Leap yang telah terbukti berkesan dan berjaya bawa minima 5 angka sales sebulan. 

Apa Itu Facebook Ads?

Facebook Ads adalah platform pengiklanan di sosial media di mana anda boleh sasarkan satu atau lebih spesifik golongan pada iklan yang anda cipta menerusi digital marketing.

Selain itu, Facebook Ads juga merupakan pengiklanan online yang melibatkan aktiviti mencipta dan publish iklan di platform Facebook. Semenjak Facebook membenarkan pengiklan membuat iklan di Facebook pada November 2007, Facebook secara dinamik telah menjadi platform nombor satu dalam digital marketing bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat global. 

cara-buat-fb-ads-social-leap

Imej : Contoh iklan di Facebook oleh BHPetrol di Malaysia baru-baru ini

Apa Beza Facebook Ads & Instagram Ads?

Secara lazimnya, setiap platform ada kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, Facebook Ads memiliki pengguna yang sangat tinggi dalam purata seramai 24 juta orang berbanding Instagram seramai 11 juta orang. Dengan menggunakan Facebook Ads, anda boleh guna pelbagai teknik dan strategi untuk memasarkan bisnes anda.

Selain itu, Facebook juga boleh dijadikan platform untuk Content Marketing kerana wujud fungsi perkongsian pautan website atau blog yang anda boleh guna tanpa batasan.

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Aplikasi Facebook dan Instagram di kebanyakan smartphone

Manakala untuk Instagram Ads, wujudnya “engagement” yang lebih tinggi berbanding yang ada di Facebook Ads. Anda boleh bandingkan bilangan “likes” antara dua platform itu.

Selain itu, Instagram tersendiri mempunyai pelbagai fungsi yang menyeronokkan seperti “Stories”, “IGTV”, dan “IG Reels” yang lebih meningkatkan jumlah “engagement” di platform tersebut.

Apa Kelebihan Buat FB Ads?

Tahukah anda, Facebook Ads mempunyai banyak kelebihan bukan sahaja kepada pengiklan, tetapi juga kepada content creator yang menggunakan Facebook dan ingin menyasarkan lebih ramai audiens di Facebook untuk lihat iklan dan buat tindakan segera seperti memberi derma, menonton video, membuat pembelian di website atau baca konten mereka di blog. 

1. Cara Cepat Tarik Trafik

Salah satu cara paling efektif dan cepat untuk tarik trafik target audiens yang tepat adalah dengan menggunakan Facebook Ads. Memandangkan Facebook merupakan sosial media yang paling banyak digunakan penduduk dunia, maka pengiklan cenderung untuk membuat iklan di Facebook. Berbeza dengan teknik content marketing yang lebih organik, anda boleh tarik trafik dalam waktu dan hari yang sama anda buat iklan di Facebook. 

2. Bajet Iklan Ikut Kesesuaian

Tidak seperti teknik marketing konvensional yang menelan belanja yang besar seperti billboard, flyers dan stiker, dengan Facebook Ads anda boleh tetapkan bajet iklan anda serendah RM10 sehari.

Konsep bajet pengiklanan di Facebook adalah, lebih besar kos iklan yang anda belanjakan, lebih besar audiens yang anda boleh capai untuk lihat iklan anda di Facebook. Begitu juga sebaliknya bila kos iklan anda rendah, maka lebih kecil audiens yang anda boleh capai. 

3. Capai Target Audiens Sebenar 

Semenjak teknologi mendominasi cara manusia bergaul, Facebook diakses lebih daripada 1 bilion orang setiap hari. Ini bermakna, terdapat kolam audiens yang sangat besar di Facebook. Dengan Facebook Ads, anda boleh target audiens sebenar berdasarkan geografi, bahasa dan interest mereka supaya, hanya orang yang tepat sahaja akan melihat iklan anda di Facebook. 

4. CTA Berbeza Untuk Pelbagai Jenis Iklan

Memandangkan Facebook digunakan oleh pengiklan dari pelbagai jenis niche, industri dan negara, pengiklan mempunyai kelebihan untuk menggunakan CTA yang berbeza bergantung kepada iklan yang mereka jalankan di Facebook. Sebagai contoh, jika anda adalah ejen hartanah, anda boleh buat iklan yang memotivasikan target audiens untuk chat anda di Messenger atau WhatsApp.

Ini berbeza dengan pengiklan yang menjual produk di website ecommerce. Mereka boleh cipta CTA yang jelas supaya prospek di Facebook, klik link dan buat pembelian di website ecommerce mereka.

Framework Cara Buat FB Ads

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Ikut framework cara buat FB Ads ini bila anda nak buat iklan di Facebook

Secara asas, framework atau gerak kerja untuk mula buat FB Ads ada 5 sahaja. Semua digital marketer, solopreneur dan usahawan yang nak buat FB Ads perlu lalui semua proses ini untuk hasilkan sebuah iklan di platform Facebook. 

Copywriting

Copywriting adalah ayat jualan yang memotivasikan target audiens untuk buat arahan yang anda inginkan seperti beli produk anda di website, baca artikel di blog website, hubungi tim jualan atau menderma. 

Sebaiknya, anda sediakan 5-10 copywriting yang berbeza untuk setiap segmen audiens untuk diuji terlebih dahulu. Hal ini kerana, anda perlu cuba dan uji sebanyak mungkin mesej pada audiens untuk kenal pasti mesej yang paling tepat pada audiens. 

Ads Kreatif

Ads Kreatif merupakan sejenis imej atau video secara visual yang audiens akan lihat apabila nampak iklan anda. Ads kreatif merangkumi gambar, IG Story, video di newsfeed, dan imej atau video di placement lain di dalam platform Facebook.

Untuk hasilkan ads kreatif yang baik, anda tidak boleh letakkan teks terlalu banyak pada imej dan video juga tidak boleh video yang terlalu menjual. Setakat hari ini, ads kreatif yang paling bagus dan mendatangkan conversion adalah jenis UGC.

Apa Itu UGC?

UGC adalah akronim untuk user-generated-content di mana, pengguna produk atau audiens di sosial media memuat naik konten tentang produk anda di platform sosial media mereka. 

apa-itu-ugc-social-leap
Imej : Contoh UGC hasil kompilasi sosial media influencer US & Eropah untuk Facebook Ads & Instagram Ads

apa-itu-ugc-malaysia-social-leap
Imej : Contoh UGC di Malaysia yang dibuat oleh sosial media influencer @chemelll untuk content marketing di TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube

UGC datang dalam pelbagai jenis termasuk gambar, vide, teks dan audio. Punca kenapa konten jenis UGC mendatangkan conversion yang tinggi adalah kerana, audiens melihat konten jenis itu lebih organik dan percaya testimoni tersebut adalah tepat. 

Targeting

Targeting adalah komponen utama dalam menjayakan Facebook Ads. Sebagai contoh, targeted audience seramai 300,000 orang bertumpukan minat, keperluan dan kemampuan adalah lebih baik daripada berjuta prospek yang umum. Apabila iklan anda targeted, bukan sahaja anda telah menjimatkan kos, malah masa dan tenaga juga tidak terbazir dari melayan prospek yang tidak berkaitan.

Placement

Elemen seterusnya adalah placement, iaitu anda perlu tahu di mana anda ingin menunjukkan iklan anda. Sebagai contoh, di dalam Facebook anda hanya ingin menumpukan iklan di news feed dan group. Manakala, di Instagram, anda memilih untuk fokus di semua tempat yang disediakan seperti news feed, stories, reels, dan sebagainya.

Bajet

Bajet dalam Facebook Ads adalah satu sistem di mana anda boleh letakkan bajet mengikut hari (daily budget) atau bajet mengikut kempen (lifetime budget). Dengan kawalan penuh pada bajet iklan, anda boleh meminimakan kerugian dan scale up iklan yang berhasil supaya iklan itu capai lebih ramai orang sekaligus jana lebih banyak sales untuk anda. 

Copywriting Yang Berkesan Untuk Facebook Ads

Ramai yang tak tahu, sebenarnya formula menulis copywriting itu ada banyak dan digital marketer di seluruh dunia mempunyai mazhab yang berbeza bila bercakap soal copywriting yang betul & convert sales. 

Sebagai ilmu, sebenarnya ada tiga jenis copywriting yang benar-benar berkesan untuk sifat semula jadi Facebook Ads yang bersifat gangguan. Tak ada orang yang buka Facebook setiap hari untuk lihat iklan dan terus membeli produk yang mereka jumpa di timeline Facebook mereka. 

Akan tetapi, mereka perlu diyakinkan secara penuh menerusi copywriting. Sebenarnya, tidak ada copywriting yang terlalu panjang atau terlalu pendek. Apa yang ada adalah, copywriting yang convert dan tidak convert kepada sales sahaja. 

3 Contoh Teknik Copywriting Untuk Facebook Ads

AIDA

AIDA merupakan kombinasi Awareness, Interest, Desire dan Action. Ikut step-by-step di bawah untuk gunakan copywriting AIDA untuk buat iklan Facebook Ads. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Ini adalah hierarki asas untuk buat copywriting AIDA
  • Awareness – Beritahu masalah/solusi produk anda bawa
  • Interest – Buat audiens berminat dengan produk anda 
  • Desire – Galakkan mereka untuk dapatkan produk itu hari ini 
  • Action – CTA yang tepat supaya audiens tahu tindakan perlu dibuat

PASTOR

PASTOR merupakan teknik copywriting yang paling popular di kalangan digital marketer bukan sahaja di Malaysia bahkan global. Hal ini kerana, teknik copywriting PASTOR menekankan aspek emosi dan detail dalam copywriting. Tujuan menulis copywriting yang sedikit panjang adalah supaya audiens dapat semua maklumat yang penting dalam copywriting tersebut. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Ini adalah elemen di dalam teknik copywriting PASTOR untuk buat copywriting iklan di Facebook
  • Problem – Nyatakan masalah sebenar yang dihadapi audiens 
  • Amplify – Huraikan masalah tersebut dengan keadaan/trend semasa
  • Solution – Berikan solusi yang audiens inginkan dan ada pada produk anda 
  • Testimony – Dapatkan kepercayaan audiens dengan testimoni sebenar 
  • Offer – Beri offer menarik yang audiens rasa serba salah jika tak beli hari ini 
  • React – Letak CTA yang tepat supaya audiens tahu apa tindakan seterusnya 

Before-After-Bridge

Before after bridge copywriting adalah copywriting pendek yang menjelaskan perubahan hidup yang berlaku pada orang yang ada satu masalah dan berjaya diselesaikan dengan produk yang anda jual. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Ini adalah gerak kerja copywriting B-A-B untuk copywriting menjual di sosial media.
  • Before – Tunjuk keadaan sebelum guna produk (masalah)
  • After – Tunjuk keadaan selepas guna produk (perubahan) 
  • Bridge – Demonstrasi perubahan dengan bantuan produk (produk)

Cara Buat Facebook Ads Yang Betul & Convert Sales

1. Tetapkan Objektif Iklan

Asasnya, ada tiga jenis objektif iaitu Awareness, Consideration dan Conversion. Manakala setiap objektif mempunyai sub objektif yang tersendiri. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Senarai objektif iklan yang ada untuk buat Facebook Ads
  1. Awareness
  • Brand Awareness – Naikkan persepsi brand anda
  • Reach – Capai lebih ramai target audiens 

  1. Consideration 
  • Traffic – Buat iklan menuju ke website/WhatsApp
  • Engagement – Galakkan audiens untuk berinteraksi 
  • App Installs – Naikkan muat turun aplikasia anda
  • Video Views – Sesuai untuk iklan berbentuk video 
  • Lead Generation – Dapatkan detail prospek 
  • Messages – Galak prospek mesej anda di FB Messenger/WhatsApp

  1. Conversion 
  • Conversions – Galak prospek add-to-cart atau membeli 
  • Catalogue Sales – Tunjuk produk katalog yang relevan  
  • Store Traffic – Naikkan kesedaran audiens tentang kedai fizikal

2. Tetapkan Lokasi, Bahasa, Target

Dalam proses buat iklan di Facebook, penting untuk anda setkan lokasi iklan anda supaya anda capai spesifik audiens yang tepat. Bahasa juga pastikan anda gunakan Bahasa Malaysia untuk audiens tempatan dan English (UK) untuk audiens selain bangsa Melayu, Cina, Inda, warganegara Malaysia dan warga asing. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Anda boleh cipta audiens baharu dengan setkan jenis audiens yang anda inginkan

Selain itu, anda boleh target audiens dengan lebih tepat mengikut demografi seperti umur, jantina dan buka tetapan untuk Detailed Targeting dan masukkan relevan keyword yang berkaitan dengan produk atau servis anda supaya machine learning dan AI Facebook Ads mampu cari audiens yang lebih tepat seperti yang anda tetapkan. Anda juga boleh kecualikan satu golongan, keyword atau behavior dan jenis audiens Facebook itu. 

3. Tetapkan Bajet Iklan Anda

Ada dua pilhan bajet untuk iklan Facebook Ads iaitu Daily Budget dan Lifetime. Sebaiknya, anda cuba dahulu daily budget kerana lebih jimat kos dan anda boleh pantau kos iklan yang terbakar. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Dua jenis bajet yang ada pada setting Facebook Ads

4. Masukkan Gambar/Video

Untuk gambar dan video, anda boleh pilih untuk iklan di Facebook dipaparkan dalam bentuk carousel, single image/video dan collection. Pastikan anda connect Identity FB Page dan Instagram akaun yang tepat dengan iklan tersebut. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Format kreatif yang anda ingin cipta untuk iklan Facebook Ads

5. Masukkan Copywriting

Selepas selesai masukkan gambar/video anda boleh masukkan copywriting menjual, link dan contoh link pada iklan Facebook itu kelak. Anda disarankan untuk buka tetapan Dynamic Ads supaya anda boleh buat lebih daripada dua copywriting untuk imej/gambar yang sama. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Seksyen copywriting dalam Facebook Ads di mana anda masukkan headline, body, URL dan CTA.

6. Publish Iklan

Sebelum anda publish iklan Facebook itu, pastikan anda semak segala data dan detail dengan terperinci daripada Objective – Tetapan – Bajet – Kreatif – Copywriting. Jika anda telah berpuas hati, anda boleh pilih untuk Publish iklan itu pada kadar segera atau schedule iklan itu pada satu tarikh yang lebih tepat dan sesuai. 

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Selepas semua setting telah selesai, anda boleh PUBLISH iklan Facebook di sini

7. Optimumkan Iklan

Selepas iklan Facebook itu matang (biasanya 3 hari atau 7 hari), anda perlu semak iklan yang mendatangkan hasil dan iklan yang membakar duit. Tutup iklan yang tidak mendatangkan hasil dan gandakan bajet untuk iklan yang mendatangkan hasil. Anda boleh tukar kreatif atau edit copywriting supaya iklan menjadi lebih meyakinkan dan berjaya convert pada sales.  

cara-buat-fb-ads-social-leap
Imej : Semak data iklan yang anda buat untuk buat tindakan seterusnya seperti tambah bajet, tukar kreatif, copywriting, matikan ads atau buat ads baharu.

Video: Cara Buat Facebook Ads Yang Betul & Convert Sales

Anda boleh tonton video cara buat FB Ads ini supaya cara buat iklan di Facebook anda kekal up-to-date dan berjaya hasilkan sales yang tinggi. 

YouTube video

Kesimpulannya, cara nak buat FB Ads yang betul sebenarnya, tidaklah susah seperti yang anda sangkakan. Bayangkan, dalam masa kurang dari 30 minit sahaja, anda boleh buat iklan FB Ads yang betul dan convert kepada sales. 

Sentiasa bereksperimen dan jana idea baru untuk iklan supaya target audiens berubah menjadi prospek dan akhirnya menjadi pelanggan. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda disarankan untuk mengikuti guideline yang diberikan Facebook untuk semua pengiklan di platform tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Artikel-artikel lain :

Usahawan Rugi Lebih RM30,000 – Tips Pilih Vendor FB Ads

• 3 Rahsia Tips Bisnes Online Untuk Naikkan Sales (Edisi 2022)

• 3 Cara Naikkan Sales F&B Sehingga Capai Hampir RM50,000 Jualan

• Apa itu Retargeting ? –Teknik Rahsia Untuk Naikkan Sales 2x Ganda

Mahu Belajar mencipta Iklan Yang Menguntungkan Walaupun Kos Ads Makin Mahal?

Dapatkan Panduan Winning Ads Sekarang