Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor
Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]
Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor
Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]
Ditulis oleh:
Social Leap
Untuk anda yang lebih prefer content dalam bentuk video, anda boleh tonton video yang disediakan oleh team kami:
Memang tidak asing lagi di Malaysia semenjak pandemik Covid19 melanda sejak awal bulan 2020, pasaran sudah mula membeli dan mendapatkan keperluan dan kehendak secara online.
Maka kebanyakkan business owner di luar sana yang belum berpengalaman membuat jualan secara online mula mencari ikhtiar bagaimana untuk mencapai sasaran penjualan dan pemasaran secara online.
Pembelian dan penjualan secara online di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis:
Apakah perbezaan platform-platform ini? Yang mana bagus? Yang mana tak bagus?
Untuk menjawab persoalan ini, kita akan menggunakan kaedah SWOT Analysis untuk melihat perbezaan semua platform-platform ini.
Kita akan bahagikan kepada 4 jenis perbezaan dari perspektif Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran yang akan anda hadapi jika menggunakan platform-platform ini.
Di akhir artikel ini, kita akan memberitahu apakah kesimpulannya, yang manakah kami sarankan dan kenapa.
Website E-Commerce (Kekuatan)
Platform E-commerce yang paling popular di Malaysia ialah WordPress dan Shopify. Kalau di peringkat offline, ia ibarat kedai-kedai di atas tanah.
Begitu juga dengan platform e-commerce, ia merupakan kedai-kedai di peringkat atas talian di dalam domain-domain yang tersedia.
Disebabkan hal ini, apa bentuk pemasaran dan penjenamaan yang ada di kedai tersebut boleh diwujudkan secara online di dalam e-commerce platform, malah persembahannya lebih jelas dan tepat.
Mana-mana trafik yang masuk ke dalam website ecommerce boleh terus memahami apa yang dijual, siapa yang menjual, bagaimana cara pembelian dan terus membuat pembelian tanpa mana-mana bantuan di pihak business owner.
Business owner boleh menetapkan hala tuju penceritaan mengenai produk mereka, masalah apa yang boleh diselesaikan, apa “WOW Factor” produk mereka dan juga menetapkan strategi harga yang mereka mahukan.
Trafik yang masuk ke website e-commerce dapat bantu kita kenal dan fahami audiens kita.
Mukmin Digital
Sistem E-commerce sangat hebat kerana ia juga boleh memberitahu kita:
Data-data ini akan membantu business owner membuat keputusan yang terbaik bagi menaiktaraf website mereka.
Selain itu, business owner juga dapat menyimpan database pembeli-pembeli mereka supaya dapat digunakan untuk membuat pelbagai lagi strategi jualan dan pemasaran untuk lebih meningkatkan lagi prestasi jualan mereka.
Shopee (Kekuatan)
Shopee ialah antara platform marketplace yang terbesar di Malaysia. Yang mana platform mereka sama ada di Website mahupun di Apps dipenuhi dengan jutaan rakyat Malaysia membuat transaksi jual beli untuk mendapatkan produk yang mereka cari.
Disebabkan Shopee merupakan sebuah marketplace, maka setiap hasil komisyen yang mereka dapat, mereka boleh gunakan dana tersebut untuk meningkatkan lagi mutu kempen pemasaran, melantik lebih ramai dan lebih lama mana-mana artis lokal mahupun international untuk menjadi duta atau jurucakap bagi jenama mereka.
Oleh sebab yang demikian, mereka sangat “main stream” di media cetak, media elektronik dan juga media sosial.
Proses jual beli di dalam platform Shopee juga sangat mudah untuk difahami dan digunakan baik pelanggan mahupun penjual. Ia juga menyediakan sistem pengurusan penjualan yang baik dari segi pengurusan penghantaran, data-data metriks yang diberi, pengurusan inventori, pengurusan promosi, dan sebagainya.
Social Commerce (Kekuatan)
Social commerce merupakan platform online yang paling banyak digunakan di Malaysia atas faktor kemudahannya yang dapat memudahkan audience berhubung terus dengan business owner.
Istilah Social Commerce ni merupakan istilah yang masih baru setelah Facebook mendapati rakyat Malaysia, Thailand, Filipina, India dan Indonesia menggunakan platform Facebook Messenger dan juga Whatsapp sebagai medium jual beli.
Dengan chatting apps ini, audiens boleh bertanya dan menerima respon berkenaan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka berkaitan dengan produk yang disajikan kepada mereka.
Yang mana, keistimewaan ini merupakan satu kelebihan di mana mereka boleh rasa lebih selamat dan yakin untuk membuat jual beli dengan business owner yang tidak pernah mereka jumpa.
Chatting Apps bukan sahaja boleh digunakan untuk fungsi chat, malah kita boleh gunakan ia untuk tujuan kempen promosi dengan broadcast list.”
Kita boleh menyimpan nombor telefon (jika Whatsapp) mereka untuk digunakan disenaraikan sebagai broadcast list sebagai salah satu kempen promosi.
Untuk Facebook Messenger dan Instagram Direct, boleh guna SaaS Manychat untuk menyebarkan kempen promosi namun perlu pembayaran bulanan.
E-Commerce (Kelemahan)
Meskipun e-commerce banyak kelebihan, namun untuk membina dan menjaga operasinya memerlukan skill dan pemahaman yang tinggi. Jika seseorang business owner tersebut tiada ilmu berkenaan ini, dia perlu untuk hire mana-mana web developer seperti https://www.techticiansystems.com/.
Selain itu, kos untuk membangunkan website jugak agak tinggi kerana ia meliputi kos tahunan domain, kos server, kos aplikasi-aplikasi web yang diperlukan, kos maintenance dan macam-macam lagi.
Namun begitu, kos untuk menyiapkan website e-commerce lebih murah berbanding kos untuk renovate kedai.
Selain menggunakan web developer, sudah ada platform seperti Woocommerce WordPress, Shopify, Wix, Avana, Yezza yang boleh digunakan kerana ia agak user friendly (kecuali Woocommerce agak teknikal) cumanya business owner perlu mengambil masa untuk belajar buat sendiri jika tidak mahu mengupah freelancer atau agensi e-commerce yang khusus.
Shopee (Kelemahan)
Disebabkan oleh kelebihan yang Shopee pegang berbanding platform lain, dengan proses jual beli yang dipanggil entry level barrier, ia telah menjemput terlalu banyak pesaingan seller dengan produk yang sama atau lebih kurang.
Fenomena Price War juga berlaku di kalangan seller-seller di dalam Shopee.
Price War menyukarkan seller baru untuk bersaing di market yang saturated.
Tambahan pula, audiens di Shopee perlu sedia maklum dengan nama jenama kita untuk mereka mudah membuat carian mengenai produk kita. Keadaan ini agak sukar bagi jenama baru kerana jenama lain yang kemungkinan harga yang lebih murah sudah mengambil tempat di sana.
Social Commerce (Kelemahan)
Social Commerce berkait rapat dengan perhubungan terus dengan audience dalam jangka masa yang panjang.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelemahan dalam keadaan ini:
Contohnya, jika audiens tersebut pm anda hari ini dan bertanyakan tentang produk atau servis anda, kemungkinan akan membuat pembayaran ada yang sehingga berbulan-bulan untuk buat pembayaran.
Namun begitu, boleh dikatakan secara purata ialah dalam tempoh 3-5 hari untuk mereka buat pembayaran.
Disebabkan status social commerce ini bersifat chatting juga, maklumat mengenai produk juga harus dipersembahkan melalui text messages. Perlu susun mesej pertama, mesej kedua, mesej ketiga sehingga jumpa aliran yang memberikan keuntungan tinggi.
Proses ini mengambil masa dan juga terasa tidak cukup untuk memberitahu kebaikan dan kelebihan produk kita tanpa menghantar 2-3 mesej sebelum audiens mahu membeli atau tidak.
Website E-Commerce (Peluang)
Website e-commerce ialah Aset. Lebih tinggi brand value, brand trust dan brand awarenessnya, maka lebih tinggi nilai aset tersebut sehingga berpotensi untuk menjangkaui tahap antarabangsa.
Peluang e-commerce dalam jangka masa yang panjang sangat lumayan jika langkah yang betul dibuat daripada awal.
Hal ini dikaitkan juga dengan kemampuan website untuk diintegrasikan dengan mana-mana website servis seperti Google, Facebook, Klaviyo, Mailchimp dan macam-macam lagi.
Servis-servis ini mampu mengangkat jenama website anda jauh lebih hebat berbanding kedai offline (brick and mortar).
Tambahan dengan servis pemasaran email daripada Klaviyo atau Mailchimp yang mana dapat membantu menyimpan dan mencapai database pelanggan anda untuk mengekalkan hasil jualan pada bulan-bulan tersebut.
Shopee (Peluang)
Atas sebab trafik Shopee yang besar, ia adalah peluang untuk mana-mana jenama mencapai tahap brand awareness yang tinggi.
Sebagai contoh, jika business anda mampu, jual 1 produk sebagai loss leader di Shopee untuk acquire first time buyer.
Dari situ, deliver produk tersebut dengan nilai Unboxing yang tinggi, termasuklah discount flyers, membership perk, dan juga social media endorsement.
Yang mana nilai-nilai ini akan kembali ke website anda dan jadi sebahagian daripada database anda.
Lebih-lebih lagi Shopee sangat rajin dalam membina kempen-kempen promosi setiap bulan dengan menggunakan kempen promosi bulanan yang mudah ingat seperti 10.10, 11.11, 12.12.
Social Commerce (Peluang)
Jika dibandingkan dengan kesemua platform di atas, social commerce merupakan funnel jualan terpendek yang kita pernah ada, provided kita berjaya pujuk audiens untuk membeli dan membuat pembayaran pada hari dan waktu yang sama.
Ini ialah gambaran dan perbezaan funnel-funnel di atas:
Social Commerce merupakan Sales Funnel yang paling pendek dan pada masa yang sama, dapat membina kepercayaan terus kepada pelanggan dengan adanya keupayaan sekuriti mereka untuk menelefon terus penjual untuk menjawab keresahan-keresahan biasa pelanggan contohnya, isu penghantaran atau kepastian bahawa mereka tidak di-scam.
Website E-Commerce (Cabaran)
Tidak boleh disangkal lagi, e-commerce di Malaysia bukanlah platform paling popular untuk orang Malaysia membuat pembelian oleh sebab trust issue dan keupayaan layan diri audiens untuk membuat pembelian dengan sendiri.
Budaya online shopping kini menjadi trending, tapi memerlukan masa untuk sebati sepenuhnya dengan purchasing behavior orang Malaysia.
Mukmin Digital
Mukmin Digital
Namun begitu, tidaklah 100% orang tidak memilih untuk membeli di website.
Cuma untuk mencapai 100% pembelian website itu mungkin akan memakan masa 3-5 tahun lagi di Malaysia kerana pembeli-pembeli di Malaysia harus dididik dan diberi pengalaman yang banyak untuk membuat pembelian di website.
Shopee (Cabaran)
Shopee bukanlah platform anak watan. Ia adalah jenama antarabangsa dan boleh diakses dari mana-mana negara waima sebagai pembeli mahupun penjual.
Disebabkan sistem ini, bisnes Malaysia menghadapi cabaran sejak kemasukkan seller daripada China dan Indonesia.
Malah isu yang lebih serius lagi di mana ada di antara seller-seller Malaysia yang buat dropship dengan seller-seller di luar negara membuatkan katalog carian dipenuhi dengan produk-produk yang sama dengan pelbagai harga.
Hal ini akan mengambus produk awareness business owner. Isu ini terbukti menyusahkan business owner seperti influencer Khairul Aming dalam kesnya pada April 2021 berkenaan unauthorized seller menciplak produk beliau.
Hari ni aku nak share satu kes di mana ada someone dari shah alam jual sambal nyet and mengaku as reseller tp sebenarnya dia duplicate sambal and jual yang palsu. Dah lebih 700 botol orang beli dari dia. Thread: pic.twitter.com/4NEhWjqE0G
— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
Selain cabaran di atas, Shopee mempunyai ruang integrasi yang minima dengan website-website yang lain. Boleh guna Facebook Ads atau Google Ads untuk menghantar audiens ke Shopee, tetapi tiada feedback mechanism untuk kita ketahui keberkesannya.
Social Commerce (Cabaran)
Dalam keadaan ini, business owner menaruh risiko kewujudan bisnes online mereka kepada syarikat Facebook. Jika satu hari syarikat Facebook lenyap, atau perhatian pasaran sudah tidak berada di apps itu, maka lenyaplah bisnes mereka.
Juga, Whatsapp database pelanggan juga kemungkinan tidak akan kekal lama dan berisiko lenyap.
Tips: Never put all eggs in one basket.
Mukmin Digital
Mukmin Digital
Tiada jaminan mana-mana business owner untuk simpan semua nombor-nombor leads yang masuk ke Whatsapp, oleh disebabkan itu, jika telefon bisnes perlu ditukar, database yang ada tidak boleh dibackup dan terus hilang di telefon baru.
Banyak lagi faktor-faktor yang boleh buat business owner kehilangan database:
So, Shopee? E-Commerce Website? Social Commerce? Ini hasil analisa kami.
Secara keseluruhannya, pendapat kami di Mukmin Digital, business owner perlu mempunyai kesemua tempat di platform-platform di atas.
Brand presence dan brand trust perlu dibina daripada awal jika anda ingin berjaya di dunia digital. Analisis SWOT ini memberi info bahawa setiap kekurangan dan kelebihan masing-masing dapat digunakan secara menyeluruh kerana ia diperlukan antara satu sama lain.
Dengan adanya kedai digital seperti website untuk mengukuhkan tapak jenama, pencapaian brand awareness yang tinggi apabila mempunyai kedai digital di dalam Shopee (ibarat shopping mall) dan juga sistem customer service yang terbaik menggunakan social commerce.
InsyaAllah kami di Mukmin Digital sangat yakin akan kejayaan bisnes tuan-tuan satu hari nanti.
Bacaan Lanjut:
Mukmin Digital merupakan agensi digital marketing yang sangat fokus dalam membantu Performance Marketing Facebook Ads di samping kami memberi konsultansi, saranan, nasihat dan pelbagai lagi dalam membentuk sesebuah perniagaan online untuk kekal untung dan berkembang maju.
Kami bantu bisnes anda scale up!
Promosi melalui sosial media telah menjadi cara paling popular dan berkesan dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih platform sosial media sebagai saluran promosi
What is an ecommerce? E-commerce (short for “electronic commerce”) is the buying and selling of goods and services over the internet. E-commerce websites allow users to browse and purchase products
If you’re running a small business, none of these things should be your focus. The digital marketing strategies that deserve your attention are the unsexy ones. In this post, we’ll cover seven of
Throughout this article, you’ll see examples of many affiliate marketing for beginners. But what’s most important here are actually affiliate networks. Many people use these terms interchangeably, but a network is
Social media marketing, search engine optimization, email marketing, marketing automation… the list of digital marketing specializations goes on and on. Of course, they are all different. Yet when you do
A good leader is someone who knows how to lead their team towards success. They have vision and the company’s objectives are clear to them. How do they do that?