Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

Apakah itu Retargeting ? – Gunakan Retargeting Untuk Naikkan Sales 2x Ganda

Apakah itu retargeting? Mari kita rungkaikan maksud dan penggunaan retargeting untuk naikkan hasil jualan bisnes kita.

Salah satu strategi asas untuk tingkatkan ‘brand awareness’ dan conversion adalah melalui Retargeting.

Kebiasaannya, user akan melawat website tanpa mengambil sebarang tindakan (non-converting).

Cara kita nak atasi isu ini adalah melalui ‘Retargeting’ supaya kita boleh tarik semula pelanggan tersebut untuk kembali ke website kita dan membeli produk/servis kita.

Tips Facebook Retargeting

Apakah Itu Retargeting?

Contoh paling mudah, apabila kita layari website Nike.com, kemudian kita keluar dari website tersebut tanpa membeli apa apa kasut.

Apabila kita scroll timeline di Facebook atau Instagram, iklan dari Nike.com akan selalu muncul di browser atau sosial media kita.

Ini yang dinamakan Retargeting. Gelaran ‘Saka’ FB Ads wujud di kalangan komuniti digital marketer kerana teknik ini amat berkesan dalam mendapatkan conversion rate yang tinggi.

Jika digunakan retargeting dengan betul, produk atau servis anda akan sentiasa melekat dengan audiens anda. Walaupun audiens anda tidak convert pada saat pertama mereka melihat iklan anda, namun, brand anda sudah menapak dalam ingatan dan juga dah trigger niat membeli mereka.

Di Mukmin Digital, kami menggunakan strategi ini untuk sentiasa menarik semula pelanggan/prospek yang layari website anda.

Anda juga boleh baca case study pelanggan kami, dimana kami membantu mereka untuk mencapai hasil jualan 6 angka dalam tempoh 6 bulan.

Apakah itu Retargeting

Kenapa Kena Retargeting?

Retargeting memainkan peranan yang penting dalam strategi jangka panjang marketing anda.

Mari kita lihat betapa pentingnya Retargeting ni:

  1. Tingkatkan brand awareness
    Apabila kita membuat retargeting, jenama anda akan diingat oleh pelanggan.

    Sebaik sahaja mereka keluar dari website anda, jenama iklan anda akan muncul lagi di Facebook/Instagram audiens anda.

    Secara tidak langsung, brand awareness dapat dijana secara jangka panjang.

  2. Bina hubungan dengan pelanggan
    Retargeting juga akan membantu dalam mengekalkan jalinan dengan prospek/pelanggan anda.

    Jika website anda tidak ada retargeting (FB Pixel), prospek yang melayari website anda akan lenyap dan kemungkinan besar akan lupa tentang jenama anda.

    Untuk elakkan perkara ini, kita perlu mengekalkan daya tarikan dan bina jalinan dengan prospek melalui Retargeting.

  3. Naikkan Hasil Jualan
    Ini merupakan faktor utama untuk menggunakan strategi Retargeting – naikkan hasil jualan.

    Prospek akan mengambil masa untuk membuat keputusan untuk membeli produk/servis anda.

    Prospek anda mungkin sedang menunggu gaji masuk atau sedang pertimbangkan produk anda melalui review/testimoni di website anda.

    Dengan retargeting, kita boleh senantiasa mengingatkan prospek tentang jenama kita, dan naikkan kebarangkalian prospek untuk membeli produk/servis kita.
Apa itu Retargeting

Tips Untuk Retargeting

Tidak dapat dinafikan, retargeting merupakan strategi yang berkesan dalam menjalankan bisnes. Dalam menjalankan bisnes, kita harus menggunakan taktik jangka pendek dan juga jangka panjang.

Namun begitu, sebelum kita melaksanakan kempen retargeting, ada beberapa tips yang kami ingin kongsikan bersama anda:

  1. Perbaharui iklan retargeting secara berkala

    Menurut data dari SEMRUSH, kita perlu memperbaharui iklan retargeting setiap bulan supaya pelanggan/prospek tidak jemu dengan iklan kita.

    Kami di Mukmin Digital memperbaharui/renew iklan retargeting klien kami dengan berpandukan data yang terkumpul.

  2. Target Audiens yang tepat

    Anda juga perlu targetkan iklan anda yang mempunyai desire atau niat membeli yang tinggi.

    Untuk menentukan audiens yang tepat, akan memakan sedikit masa dan juga data. Metrik seperti ROAS (Return-on-Ads-Spend) adalah penting dalam menentukan keberkesanan kempen iklan.

    Dengan berpandukan data, kami di Mukmin Digital boleh bantu anda target audiens yang tepat untuk jenama anda. Kami juga akan memastikan ROAS anda mencapai kadar x4 ke atas!

  3. Eksperimen Iklan – Test, Test & Test
    Dalam retargeting iklan ads, kita hanya boleh mencapai hasil maksima jika kita eksperimen iklan secara rutin. Jika satu adset tidak berjaya, kita perlu mencuba dari sudut lain dan publish adset baru (juga dinamakan Content Testing).

    Misalnya, kita run dua iklan ads retargeting yang berbeza. Kita namakan dua ads ini Iklan A dan Iklan B.

    Jika iklan B menunjukkan conversion rate yang tinggi, kita akan utamakan iklan B dan berhenti run Iklan A.

Inginkan bantuan untuk menjalankan Facebook Ads retargeting?

Mukmin Digital membantu bisnes anda untuk berkembang dengan servis Facebook Ads yang berkesan dan berpandukan data.