Alamat
C-2-24, Blok C,
Rampai Idaman, Prima Damansara,
47830 PJ
Selangor

Hubungi
Whatsapp: +013-4654125
Email: [email protected]

5 Tips Bisnes Online PKP – Win dalam Pandemik

Ditulis oleh:

Social Leap

Work from home bukanlah lagi norma baharu bagi kita di Malaysia setelah 3 musim telah menjalani kehidupan di bawah arahan total lockdown yang mendesak syarikat besar sehinggalah peniaga kecil untuk membiasakan diri mereka menggunakan platform online busines.

Namun, masih ada lagi syarikat mahupun peniaga yang masih tidak tahu menggunakan platform online business mereka dengan cara yang betul untuk win kembali perniagaan mereka sepanjang tempoh total lockdown ini.

Artikel ini ditulis khas kepada peniaga yang masih mencari tips bisnes online di musim PKP.

#TIPS 1 – Merancang Kewangan Perniagaan

Tips Bisnes Online
Penyediaan Cash Reserve

Sediakan Cash Reserve

Walaupun sesuatu perniagaan mengaut keuntungan beratus ribu, tetapi jika mereka masih tidak tahu menguruskan kewangan ianya tetap menjadi sebuah kerugian.

Sesuatu perniagaan hendaklah menyediakan sebuah perancangan kewangan yang mengambil kira dua perkara utama iaitu wang simpanan Cash Reserve dan OPEX iaitu kos perbelanjaan syarikat.

Peniaga yang mempunyai sistem kewangan yang baik akan mewujudkan Cash Reserve iaitu simpanan wang syarikat untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 3 bulan, semakin lama tempoh Cash Reserve yang disimpan semakin kukuh perniagaan tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh, kekuatan sesuatu perniagaan aterletak pada pengurusan kewangan yang baik.
Mukmin Digital

Cash Reserve yang disediakan hendaklah berdasarkan kos perbelanjaan sebulan untuk menjalani operasi syarikat. Sistem ini penting kerana jika berlaku sesuatu kecemasan dalam syarikat sebagai contoh di dalam situasi pandemik ini syarikat terpaksa ditutup kerana arahan total lockdown yang  akan mengganggu operasi syarikat.

Tetapi dengan cash reserve yang ada, keadaan operasi syarikat tidak akan terjejas walaupun semua pekerja bekerja dari rumah. Majikan tidak perlu membuang atau memotong gaji pekerja mereka dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

Penurunan OPEX sebanyak 15%

Selain daripada Cash Reserve, pengurangan 15% OPEX ataupun operational expenditure adalah penting dalam sebuah perniagaan dikala pandemik ini. Seperti yang kita fahami, semua perniagaan mempunyai OPEX yang berbeza-beza.

Ada yang mempunyai nilai OPEX tinggi mencecah 50% keatas dan ada juga yang kekal rendah di bawah 30% daripada 100% hasil penjualan.

OPEX yang terbaik adalah jika ianya kekal di bawah 15% sahaja. Ia mungkin mustahil dicapai jika perniagaan anda sekarang ini mempunyai lebih 50% OPEX.
Mukmin Digital

Peniaga hendaklah mengenal pasti kos-kos yang boleh dikurang sepanjang tempoh perniagaan , sekurang-kurangnya 15% kos sepatutnya diturunkan untuk menjimatkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Sebagai contoh, menggalakkan pekerja untuk bekerja di rumah di mana kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik, air dan wifi di pejabat. Semburan sanitasi mengikut prosedur SOP yang diperlukan di ruang pejabat adalah agak mahal yang menambahkan lagi OPEX perniagaan.

Peniaga haruslah memikirkan cara untuk mengurangkan OPEX ke tahap yang lebih rendah untuk kestabilan perniagaan.

#TIPS 2 – Sistem Operasi Pengeluaran

Tips Bisnes Online
Sistem Operasi Pengeluaran

Pre-Order Barangan

Tips bisnes online kedua adalah strategi operasi pengeluaran kita. Setiap perniagaan hendaklah bijak dalam mengatur strategi syarikat mereka.

Kebanyakkan peniaga lebih fokuskan kepada marketing tetapi dalam masa yang sama jangan lupa untuk sentiasa mencari alternatif lain dalam operasi perniagaan.

Bagi perniagaan yang berlandaskan pengeluaran, ini adalah tips yang selalu dilupakan. Operasi pengeluaran lebih menguntungkan dengan adanya sistem pre-order. 

Sistem pre-order adalah sesuatu sistem dimana peniaga hanya mengambil order sahaja tanpa mengeluarkan wang modal. Mereka akan mendapatkan modal daripada pelanggan yang telah menempah dan membayar mereka. 

Sistem ‘pre-order’ adalah sesuatu sistem dimana peniaga hanya mengambil order sahaja tanpa mengeluarkan sebarang wang modal.
Mukmin Digital

Peniaga juga akan menjana untung kerana hanya membayar jumlah yang sedikit lebih daripada yang diperlukan kerana kebiasaannya kilang akan memberikan harga yang lebih murah jika peniaga mengambil barangan secara pukal.

Jika peniaga tidak menggunakan sistem pukal ini, mereka terpaksa mengeluarkan modal sendiri dan kemungkinan barangan yang dipesan tidak cukup untuk memenuhi permintaan atau lebih teruk tidak terjual habis yang sudah semestinya merugikan peniaga.

Sistem Pembayaran 15 sehingga 30 hari

Selain daripada pre-order, sistem pembayaran 15 sehingga 30 hari juga sedikit sebanyak dapat membantu menstabilkan akaun perniagaan anda.

Peniaga yang menempah pre-order bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan duit tetapi mereka juga dapat membuat pembayaran lewat, antara 15 hari sehingga 30 hari mengikut perjanjian bersama pengeluar. 

Secara tidak langsung, bayaran lewat ini akan mencantikkan cashflow perniagaan anda.
Mukmin Digital

Bayaran lewat ini dapat membantu dalam mencantikkan cashflow perniagaan anda. Dengan bayaran lewat:

Anda dapat pegang duit dengan lebih lama
Menggunakan duit tersebut terlebih dahulu mengikut keperluan perniagaan anda

Duit pre-order yang diterima tidak semesti disimpan atau dibayar terus ke pengeluar.

#TIPS 3 – Pemasaran

Tips Bisnes Online
Perancangan Kempen Promosi di Musim PKP

Distribution Channel

Untuk tips bisnes online yang ketiga, kita akan kupas aspek Pemasaran.

Seperti yang diketahui umum, pemasaran adalah penggerak kepada keuntungan perniagaan. Semakin baik pemasaran dilakukan, semakin banyak keuntungan yang datang bergolek.

Salah satu kunci kemenangan perniagaan atas talian ini adalah dengan meningkatkan trafik perniagaan anda dengan menggunakan platform-platform yang betul dan senang digunakan oleh umum.

Salah satu kunci kemenangan perniagaan atas talian ini adalah dengan meningkatkan trafik perniagaan anda.
Mukmin Digital

Platform yang anda boleh gunakan adalah seperti Website(melalui platform godaddy, wix dan lain-lain), Shopee, Lazada, Mudah.my termasuklah Instagram dan Facebook untuk memasarkan target pembeli di Malaysia.

Sekiranya, perniagaan memasarkan target pembeli di luar negara bolehlah menggunakan platform internasional seperti Amazon dan Ebay.

Dengan menggunakan rangkaian platform yang berbeza-beza, perniagaan akan sampai ke setiap pembeli berpotensi daripada platform yang pelbagai. Pengguna Lazada tidak akan tahu tentang perniagaan anda jika fokus perniagaan hanya di Shopee sahaja. 

Traffic Jualan di Platform Social Media

Bukan sahaja menggunakan pelbagai platform jualan, kesemua platform yang digunakan juga haruslah dikemaskini setiap hari untuk menarik perhatian pembeli.

Penggunaan social media seperti Instagram, Facebook & Twitter memainkan peranan penting dalam meningkatkan trafik platform anda.

Hampir semua orang menggunakan Facebook, Instagram & Twitter tetapi tidak semua orang menggunakan Shopee, Lazada dan platform jualan yang lain.  

Ianya adalah cabaran bagi peniaga untuk membuat content yang menarik orang untuk membeli barangan perniagaan. Dengan content yang ada juga, peniaga dapat meningkatkan kepercayaan pembeli.

Tingkatkan kepercayaan pembeli dengan content yang menarik dan sentiasa dikemaskini.
Mukmin Digital

Interaksi bersama pembeli ini penting untuk:

  • Tingkatkan perkhidmatan kita dengan cadangan dan komen dari pelanggan
  • Menerapkan kesetiaan pembeli kita

Semua update tentang perniagaan juga senang diikuti oleh para pembeli. Sebagai contoh, peniaga dapat mewar-warkan produk baharu mereka melalui semua platform sosial media.

Peniaga juga dapat menggunakan pengiklanan yang ada di aplikasi Facebook dan Instagram untuk sampai ke lebih ramai orang.

Tetapi masih ramai peniaga yang tidak tahu dalam menghasilkan content dan pengiklanan yang menarik.

Oleh itu, kami di Mukmin Digital menyediakan servis pemasaran khas kepada peniaga yang tidak mahir dalam memasarkan perniagaan.

Kami yakin dapat membantu meningkatkan trafik perniagaan atas talian anda. Sila klik butang di bawah untuk dapatkan konsultasi PERCUMA dari kami!

#TIPS 4 – Kempen Promosi Mengikut Musim/Keadaan Semasa

Kempen Promosi di Musim PKP

Kempen Lockdown 3.0

Tips bisnes online yang keempat, kita akan kupas tentang kempen promosi yang mengikut musim atau keadaan semasa.

Ekoran kemelesetan ekonomi lantaran pandemik, adalah amat digalakkan untuk peniaga mengadakan kempen promosi jualan di platform perniagaan anda. Bukan sahaja menarik minat orang untuk mengikuti akaun social peniaga tetapi ianya juga dapat mewujudkan kesedaran terhadap pembeli.

Sebagai contoh, peniaga menamakan kempen mereka sempena total lockdown yang berlaku seperti kempen total lockdown 3.0, kempen work from home dan kempen stay at home.

Kempen ini berjalan bukan hanya sekadar menggalakkan orang membeli tetapi ianya secara tidak langsung memberikan kesedaran tentang situasi semasa.

Budaya membeli secara ‘online’ sudah menjadi norma baharu di Malaysia sejak PKP berlangsung.
Mukmin Digital

Orang ramai takut untuk membelanjakan wang mereka kerana desas desus ekonomi negara kita yang semakin merosot.

Perkara ini memberi implikasi yang teruk terhadap peniaga jika semua orang takut untuk membelanjakan wang mereka. Duit tidak bergerak, barangan tidak akan habis, peniaga tiada untung dan akhir ekonomi negara terus merundum.

Mengadakan kempen juga bukanlah satu masalah besar bagi peniaga yang menyediakan perkhidmatan servis. Mungkin servis yang dijalankan secara bersemuka sebelum ini boleh diadakan secara virtual dengan adanya promosi harga kerana pelanggan tidak perlu datang ke tempat peniaga untuk melanggan perkhidmatan mereka.

Sebagai contoh, pusat gimnasium boleh mengadakan sesi workout from home melalui virtual sahaja dan pelanggan boleh menggunakan peralatan mereka sendiri..

Tetapi sekiranya anda tidak berjaya menghidupkan kempen yang dijalankan, jangan takut untuk mengupah pekerja freelancer ataupun meminta pertolongan daripada agensi pemasaran seperti Mukmin Digital yang sememangnya memfokuskan pemasaran perniagaan secara digital untuk anda.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan sememangnya berbaloi setimpal dengan hasil yang akan didapati kemudian.

#TIPS 5 – Update Cara Pengurusan WFH

Pelbagai Software untuk Mengurus Cara WFH

Explore Penggunaan Perisian Pengurusan (Management Software)

Tips bisnes online yang kelima pula, kita akan fokus kepada penggunaan software yang boleh memudahkan cara kita mengurus perniagaan kita.

Work From Home adalah cara terbaik untuk mengurangkan kes gejala covid-19 di negara kita namun perkara ini juga mempunyai pros and cons yang tersendiri. Bekerja dari rumah sememangnya berbeza daripada pekerja di pejabat.

Majikan dapat memantau lebih dekat progres pekerja jika bekerja di pejabat berbanding di rumah. Terdapat juga majikan yang kurang mempercayai pekerja mereka jika bekerja dari rumah kerana mereka tidak dapat memantau kerja mereka dan tidak dapat berkomunikasi secara langsung.

Pekerja pula ada yang pandai mengambil kesempatan keatas situasi ini. Mungkin suasana di rumah tidak dapat memberikan mereka fokus 100% untuk bekerja seperti biasa.

Statistik Work From Home: 30% pekerja lebih produktif namun 23% pekerja pula merasakan ‘workload’ semakin banyak

Namun, memotong gaji pekerja kerana bekerja dari rumah ataupun menambah kerja mereka bukanlah satu solusi yang bijak. Hal ini demikian kerana masih ada alternatif lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah work from home ini.

Penggunaan software pengurusan adalah amat digalakkan kepada perniagaan yang terpaksa beroperasi di rumah. Majikan sudah tidak perlu risau dengan adanya software seperti Clickup, Notion, Trello dan Monday.com yang dapat memantau progres pekerja mereka.

Walaupun masih tidak sama seperti bekerja di pejabat tetapi aplikasi ini masih tetap baik digunakan untuk menguruskan perniagaan secara talian.

Majikan sudah tidak perlu  memotong atau menambah kerja pekerja mereka dan pekerja pula tidak dapat mengambil kesempatan terhadap situasi pandemik ini.

Tips Online Bisnes PKP
Budaya WFH yang kini menjadi norma baharu

Dengan menggunakan software pengurusan ini, peniaga dapat memantau projek yang telah berlalu, masih berterusan dan projek yang bakal diadakan. Software ini juga berfungsi memberikan notifikasi penting seperti memberitahu untuk memperbaharui lesen syarikat jika hampir ke tarikh tamat tempoh.

Majikan juga dapat melihat prestasi pekerja mereka dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran pekerja. Software ini juga dapat memudahkan kerjasama pekerja di syarikat besar dalam bidang berlainan untuk berkomunikasi dalam sesuatu projek

Bersedia Untuk Win!

Melalui lima tips yang kami telah berikan ini, anda harus mengambil kira semua tips yang ada jika benar-benar ingin Win dalam situasi pandemik. Bukan bos sahaja yang harus win tetapi kesemua pihak yang terlibat dalam perniagaan juga harus Win bersama-sama bos. 

Kami berharap kami dapat membantu anda untuk memenangi perniagaan melalui online platform bukan hanya untuk pandemik ni tetapi juga untuk masa depan perniagaan anda.

Jika anda memerlukan nasihat dan bimbingan kami berkenaan pemasaran perniagaan sila hubungi kami di saluran yang disediakan. Kami amat mengalu-alukan pertanyaan dan cadangan daripada anda semua.

Mahu Belajar mencipta Iklan Yang Menguntungkan Walaupun Kos Ads Makin Mahal?

Dapatkan Panduan Winning Ads Sekarang